Pendekatan KDN tak lindungi anggota keselamatan terlibat jenayah buatkan rakyat rasa selamat

KUALA LUMPUR – Pendekatan yang diperkenalkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang dengan tegas tidak melindungi anggota penguat kuasa dan keselamatan telah membenih rasa selamat dikalangan rakyat Malaysia.

Ketua Penasihat Yayasan Rukun Negara Datuk Dr Budiman Mohd Zohdi berkata, menyentuh sindiket ‘counter setting’ yang sebelum ini jarang didengari apatah lagi berdepan tindakan undang-undang yang giat ditumpaskan membuatkan rakyat semakin percaya kepada integriti pasukan keselamatan negara dalam usaha melindungi kedaulatan.

“Dalam isu ‘counter setting’ ada banyak tangkapan sudah dibuat.

“Kerajaan melalui KDN tegaskan, sekiranya ada anggota yang terlibat mereka tidak akan dilindungi dan isu itu tidak akan pergi ke bawah karpet.

“Itu yang buatkan rakyat rasa oh lega…inilah rasa selamat,” katanya dalam podcast SuaraTV.

Perkara kedua kata Budiman ialah selain daripada isu pegawai anggota yang terlibat tidak dilindungi ia memberi impak kepada yang kedua, iaitu isu rasa selamat.

“Dengan pendekatan ini saya fikir isu ini dah tak boleh kita seludup, dah tak boleh kita simpan kerana kalau dia kena, cepat lewat, dia up di media sosial. Itu yang saya sebutkan, semua orang sharing and shaping.

“Jadi maknanya ini suatu perkara yang pada saya sangat bagus, approach yang ada sekarang, syarat jangan lindungi sesiapa yang terlibat.

“Kerana apa? Kerana ini soal maruah negara. Hari ini masalah besar pada kita kalau kita lihat kebanjiran warga asing, ada berapa juta maklumat yang kita dapat warga asing ni dia tak tak balik jadi akhirnya rakyat akan relate eh adakah mereka yang tidak balik ini ada kaitan dengan isu counter setting,” kata Budiman lagi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat