CYBERJAYA – Pengarah Komunikasi Parti Amanah, Khalid Samad hari ini meluahkan rasa hairan dengan pendirian Pakatan Harapan (PH) dan PKR menolak kerjasama dengan Gerakan Tanah Air (GTA) yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad.
Memetik laporan Utusan, Khalid berkata, Amanah berpendirian parti pembangkang seharusnya bekerjasama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
“Seperti yang kita tahu, Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mohon untuk bertemu PH, tapi malangnya, pimpinan PH memutuskan untuk tidak meneruskannya.
“Apa yang saya tak faham, terdapat penolakan yang kuat terutama dari PKR.
“Amanah sentiasa berpendirian bahawa pembangkang perlu bersatu supaya kita dapat memaksimumkan kerjasama dengan semua parti pembangkang,” katanya.
Terdahulu semalam, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal kemungkinan bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri itu dalam menghadapi PRU15.
Ditanya bila pertemuan antara kedua-duanya akan diadakan berikutan laporan bahawa beliau bersedia untuk menjalin kerjasama politik dengan Pengerusi Penaja GTA itu, Anwar berkata:
“Bila (hendak) kerjasama? (dengan Dr Mahathir) siapa kata? (terbuka untuk bekerjasama) saya kata nak bincang, sesiapa pun boleh bincang,” tegas Anwar.
Dalam pada itu, Khalid berkata, mana-mana parti pembangkang yang mendapat sokongan rakyat seharusnya tidak diketepikan.
“Tetapi saya rasa pendirian Amanah tidak diterima atas apa jua alasan. Cadangan dan permintaan Pejuang untuk berjumpa telah ditolak,” katanya.
- Khalid Samad Tak Puas Hati Shahidan Minta Tubuh RCI Siasat Tabung Haji
- Anwar Tak Tahu Perintah Negara, Tapi Diperlukan Untuk Jatuhkan Najib, Kata Mahathir
- Usaha Jatuhkan PN Gagal Kerana Anwar Tak Sokong Saya Jadi PM – Mahathir
- Sukar Untuk PAS Kerjasama Dengan Mahathir Seperti Diusahakan Bersatu – AJK PAS Pusat
- Naib Presiden Putra Umum Keluar Parti, Kecewa Tindakan Sertai GTA Diketuai Mahathir
- Orang Melayu Tak Bijak Politik, Bila Tak Dapat Sesuatu Dia Tubuh Parti Baru – Mahathir