DAP Sarawak akan pertahankan kerusi ‘panas’ Stampin, Bandar Kuching dan Mas Gading

- Advertisement -

KUCHING,: Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen hari ini mengumumkan tiga calon parti itu yang akan mempertahankan tiga kerusi panas di wilayah selatan negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 Nov ini.

Chong sendiri akan mempertahankan kerusi Stampin yang dimenanginya pada PRU14 lepas manakala kerusi Bandar Kuching dan Mas Gading masing-masing akan dipertahankan oleh Kelvin Yii dan Mordi Bimol.

“Bagi kerusi Serian, DAP mempertaruhkan seorang muka baharu iaitu Laerry Jabol,” kata Chong dalam sidang media di Ibu Pejabat DAP Sarawak di sini yang turut dihadiri pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

Selain empat kerusi Parlimen dengan calon yang diumumkan itu, DAP Sarawak juga akan bertanding di empat kerusi Parlimen lain di negeri itu iaitu di Sarikei, Sibu, Lanang dan Bintulu.

Dalam PRU14 pada 2018, DAP bertanding di sembilan kawasan Parlimen di Sarawak dan memenangi enam daripadanya.

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat