Sharifah Husna elak dituduh ‘jual’ muka

KWSP: Perjuangan BN berjaya -Najib Razak

KUALA LUMPUR- Perjuangan Datuk Seri Najib Tun Razak membuahkan hasil apabila kerajaan meluluskan Program i-Sinar pengeluaran wang dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja...

Mulut tempayan bagi gambaran UMNO tiada hala tuju

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ‘menjentik’ pemimpin di dalam parti itu yang membuat kenyataan hingga boleh mengelirukan ahli...

Buktikan suara BN kuat, luluskan pengeluaran KWSP, lanjut moratarium

KUALA LUMPUR - Menteri Kabinet dari blok Barisan Nasional (BN) harus memastikan isu moratarium automatik dan pengeluaran one off sebanyak RM10,000 daripada Akaun 1...

Anggap Malaysia negara sahabat baik, China akan beri keutamaan vaksin COVID-19 – Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Malaysia telah disenaraikan sebagai negara yang akan diberi keutamaan untuk menerima vaksin COVID-19 daripada China,  kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin berkata...

Belanjawan Johor 2021: Pengurusan sumber air diperkasa

KUALA LUMPUR – Johor amat komited untuk menjamin kualiti air bersih demi kelangsungan hidup rakyat oleh itu, kerajaan negeri bersetuju untuk membangunkan infrastruktur pengurusan...

KUALA LUMPUR: Calon kategori Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33, Sharifah Husna mahu membuktikan dirinya terjun dalam dunia lakonan bukan bersandar kepada rupa.

Berdarah kacukan Melayu, Pakistan, Afghanistan, Arab, British, Portugis, Belanda dan Indonesia, Husna, 27, enggan dilabel pelakon stereotaip yang sekadar ‘menjual’ wajah.

“Saya tidak mahu orang ramai melabelkan saya sebagai pelakon cantik tetapi tidak pandai berlakon… Saya mahu hapuskan stereotaip itu.

 

Husna mahu membuktikan bakat lakonannya bukan sekadar bersandarkan kepada paras rupa. Foto IG Sharifah Husna
Husna mahu membuktikan bakat lakonannya bukan sekadar bersandarkan kepada paras rupa. Foto IG Sharifah Husna

 

“Saya mahu membuktikan pelakon yang mempunyai rupa juga boleh menjadi artis versatil,” katanya kepada BH Online.

Pelakon berasal dari Subang Jaya, Selangor itu menyatakan pendiriannya ketika berkongsi maklum balas yang diterima daripada watak Dowena yang dilakonkan dalam drama Ryan Aralyn disiarkan TV3.

“Saya tidak sangka menerima banyak maklum balas positif daripada watak wanita psiko itu.

“Alhamdulillah, saya gembira apabila ramai yang mula nampak kehadiran dan kemampuan saya.

“Ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk mencuba sesuatu yang berbeza dan mencabar pada masa hadapan,” katanya.

Benar bagai dikata, Husna menerima tawaran daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) melakonkan watak utama dalam drama aksi, Jefri Zain yang diarahkan Datin Paduka Shuhaimi Baba.

“Ini menjadi drama aksi pertama dan saya sangat teruja untuk memulakan penggambarannya, Januari depan,” katanya yang akan memulakan latihan tidak lama lagi.

Satu persatu kepercayaan diraih membuatkan Husna atau nama penuh, Sharifah Husna Syed Feizal mahu terus melakukan perkara yang dicintai iaitu berlakon dan berusaha memberikan hasil terbaik.

Apatah lagi, Husna menjadi antara 20 bakat baharu yang dicalonkan dalam kategori Artis Baharu Wanita Popular pada edisi ke-33 ABPBH.

Husna berkata, dia tidak pernah menyangka namanya layak disenaraikan.

“Saya terkejut… Pada awalnya, saya tidak diri tercalon sehingga saya melihat Instagram Story (IG), Riena Diana.

“Dari situ, baru saya sedar diri ini tercalon. Saya rasa dihargai apabila orang ramai nampak kehadiran saya.

“Berada dalam kelompok 20 nama ini sudah cukup membuatkan saya bersyukur, apatah lagi kalau menang.

“Bagaimanapun, saya mengharapkan yang terbaik. Tidak kisah menang atau kalah, itu semua adat pertandingan,” katanya.

Berita Harian

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Dakwaan PAS Tolak Umno Tanpa Bersatu Tidak Tepat – Asyraf Wajdi

CYBERJAYA: Dakwaan mengatakan Pas tidak akan bersama UMNO tanpa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai rakan sekutu tidak tepat, kata Ketua Pemuda UMNO Datuk...

Covid-19: Menteri saran industri perkahwinan tukar bidang

KUALA LUMPUR- Pemain industri perkahwinan yang terkesan susulan prosedur operasi standard (SOP) ketika negara dilanda pandemik Covid-19 disaran bertukar kepada bidang perniagaan lain yang...

Syed Saddiq kenapa naik bot bendera BN?

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuktikan beliau pemimpin berjiwa besar tanpa memilih ideologi politik rakyat untuk dibantu. Dalam catatan...

Berita Berkaitan

‘Saya okay, cuma hilang deria bau’ – Alif Satar

Kuala Lumpur: "Alhamdulillah, selepas lima hari empat malam di sini, saya okay dan stabil. Tekanan darah, buah pinggang dan lain-lain termasuk selera makan semuanya...

Lenovo Yoga Slim 7i, Komputer Riba Yang Nipis Dan Bergaya Untuk Anda

Buat anda yang mencari sebuah komputer riba untuk kegunaan harian terutamaya bisnes, mungkin agak pening kepala untuk memilih puluhan model menarik yang ada di...

Samsung Galaxy Note 20 Ultra, ‘Raja’ Telefon Pintar Android Bagi Tahun 2020

Mulai dilancarkan pada Ogos lalu sebagai telefon pintar terbaik pernah dihasilkan Samsung iaitu Galaxy Note 20 Ultra sehingga kini masih lagi menjadi rebutan peminat...