UMNO Sabah Sokong Gencatan Politik -Bung Moktar

- Advertisement -

KOTA KINABALU: UMNO Sabah menyokong langkah gencatan politik oleh UMNO Pusat bagi membolehkan tumpuan diberi kepada usaha menangani COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata pihaknya sependapat dengan kepemimpinan UMNO Pusat bahawa semua pihak perlu bekerjasama dengan kerajaan sedia ada bagi menangani isu kesihatan, keselamatan dan ekonomi kini.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, usaha harus digandakan untuk membendung penularan COVID-19, terutama di Sabah yang mencatat jumlah kes semakin membimbangkan.

Pada masa sama, katanya, pemulihan ekonomi perlu turut diberi perhatian melalui kerjasama seluruh rakyat dengan menghentikan perbalahan politik.

“Kita masih bergelut dengan pandemik dan kerajaan berusaha sedaya upaya menjamin kesihatan rakyat dengan menangani wabak itu sebaik mungkin.

“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, ramai rakyat terkesan dan ekonomi negara juga terjejas teruk. Walaupun sudah ada tanda pemulihan, gelombang ketiga COVID-19 membawa kesan negatif kepada kesihatan dan ekonomi rakyat.

“Oleh itu, kita perlu menghentikan perbalahan politik dan bersama menyokong usaha kerajaan mendepani cabaran ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Bung Moktar berkata, beliau yakin cabaran terbabit dapat diatasi apabila rakyat memberi sokongan padu kepada kerajaan bagi memulihkan ekonomi dan mengekang penularan wabak itu.

Beliau berkata, kehidupan rakyat tidak harus terabai akibat kelemahan pentadbiran dan pengurusan disebabkan kurang tumpuan atau pendekatan sistematik bagi membantu mereka yang terjejas.

“Kerajaan Persekutuan dan negeri perlu bekerjasama memberi keutamaan kepada perkara asas, iaitu menyelamatkan dan melindungi nyawa rakyat dengan apa cara sekalipun.

“Pada peringkat kepemimpinan UMNO Sabah pula, saya meminta agar pemimpin bahagian turun padang memantau dan menghulurkan sumbangan walaupun dalam jumlah kecil, bagi membantu golongan yang benar-benar memerlukan,” katanya.

-BERITA HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat