Farah Nabilah selamat bersalin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pelakon Farah Nabilah selamat melahirkan anak lelaki di sebuah pusat perubatan di Ampang, pagi tadi.

Farah berkongsi video tanpa visual kecuali tangisan bayi di Instagram (IG), kira-kira sejam lalu.

Putera sulung Farah dan suaminya, Mohammed Amirul Yunus, dilahirkan lebih awal berbanding jangkaan bulan depan.

“Kami sambutnya lebih awal. Alhamdulillah, saya dan anak sulung kami dalam keadaan selamat.

“Segala-galanya dipermudahkan. Terima kasih atas doa yang dititipkan untuk saya, suami dan anak kami.

 

Farah dan Amirul menyambut kelahiran putera sulungnya, pagi tadi. Foto IG Farah Nabilah
Farah dan Amirul menyambut kelahiran putera sulungnya, pagi tadi. Foto IG Farah Nabilah

“Semoga Tuhan merahmati semua dengan kegembiraan dan keindahan ketika kita semua diuji,” katanya kepada BH Online.

Menurut pelakon yang mencipta populariti menerusi drama Titian Cinta ini, dia hanya akan berkongsi butiran lanjut dan wajah anaknya pada waktu sesuai.

“Buat masa ini, kami ‘simpan’ dulu segala identitinya.

“Tetapi nanti, apabila semua sudah okay, saya akan paparkan tanda cinta bersama suami ini dengan semua,” katanya.

Farah atau nama sebenarnya, Farah Nabilah Saipuddin bernikah dengan Amirul yang bertugas sebagai juruterbang pada 20 Disember lalu.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat