Tentera laut Asean laksana latihan maritim di Laut China Selatan

- Advertisement -

BATAM – Tentera dari seluruh Asia Tenggara melancarkan latihan maritim bersama pertama mereka di Indonesia pada Selasa ketika ketegangan memuncak berhubung tuntutan Beijing ke atas Laut China Selatan.

ASEAN sebelum ini telah menjalankan latihan dengan Amerika Syarikat dan negara rakan kongsi lain, tetapi latihan minggu ini menandakan latihan pertama bagi blok 10 negara itu.

Beratus-ratus tentera menyertai latihan ASEX 01-Natuna, yang akan berlangsung hingga Sabtu, dengan lima kapal perang dari Indonesia, Brunei, Malaysia dan Singapura dijangka belayar dari pulau Batam ke kawasan berhampiran Kepulauan Natuna di mana perairan ini yang menjadi pertikaian di Laut China Selatan.

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menghantar sebuah kapal untuk mengambil bahagian dalam latihan bukan ketenteraan dikenali sebagai Latihan Solidariti ASEAN di Batam, Indonesia bermula 18 hingga 25 September.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkata, latihan itu bertujuan meningkatkan usaha dalam bantuan kemanusiaan, bantuan bencana, kerjasama awam-tentera, operasi mencari dan menyelamat serta keselamatan maritim.

Kapal Diraja (KD) Terengganu kini ditempatkan di Batam untuk menyertai latihan selama lapan hari dan berlangsung di Laut Natuna dan Sabang Mawang, Riau, jelas ATM.

Selain itu, dua lagi kapal, Kapal Singapura (RSS) Vigor dan Kapal Diraja Brunei (KDB) turut menyertai sesi latihan berkenaan.

Negara-negara ASEAN lain, seperti Kemboja, Laos, Myanmar, Filipina, Thailand, dan Vietnam, mengambil bahagian sebagai pemerhati.

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman menghadiri majlis perasmian yang disempurnakan Panglima Angkatan Tentera Nasional Indonesia (TNI), Laksamana Yudo Margono di Batam, pada Selasa.

Mohammad menyatakan harapannya bahawa latihan itu akan membantu mengekalkan perpaduan di kalangan negara-negara anggota dan memelihara pemusatan ASEAN di rantau ini.

Yudo, yang mencadangkan latihan itu semasa Mesyuarat Ketua Angkatan Pertahanan ASEAN ke-20 di Bali pada 7 Jun, berkata:”Aktiviti ini akan mengukuhkan dan meningkatkan keupayaan kami dalam mengekalkan keamanan, kemakmuran dan keselamatan di rantau ini.”

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat