TikTok Larang Iklan Politik Di Platformnya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengendali aplikasi TikTok mengumumkan beberapa perubahan membabitkan akaun milik kerajaan, ahli dan parti politik selari dengan matlamatnya untuk membangunkan dasar menggalakkan persekitaran positif dalam kalangan penggunanya.

TikTok berkata, akaun dalam kategori berkenaan akan dilarang daripada sebarang bentuk pengewangan (monetization) atau sebarang permintaan untuk mengumpul dana.

Menurut TikTok, ia bagi mengelakkan penyalahgunaan dan memastikan kesemua pengguna mendapat pengalaman positif ketika menggunakan aplikasi itu.

“TikTok berfungsi mengekang maklumat salah yang berbahaya, melarang pengiklanan berkaitan politik dan berkongsi maklumat berwibawa mengenai pilihan raya selain melarang pengewangan untuk kepentingan politik,” katanya.

Kenyataan itu turut memberitahu, TikTok telah lama melarang pengiklanan politik, termasuk kandungan berbayar dan bagi akaun yang mengutip bayaran terus untuk membuat kandungan berjenama.

“Kandungan politik dilarang dalam iklan dan sekatan ini juga kini digunakan pada peringkat (pemilik) akaun.

“Ini bermakna, akses bagi akaun milik ahli politik dan parti politik akan disekat kepada ciri pengiklanan secara automatik, ini sekali gus membantu TikTok menguatkuasakan dasar sedia ada secara konsisten,” katanya.

Pada masa sama, katanya, dalam situasi tertentu, Tiktok membenarkan kerajaan terbabit dalam aktiviti pengiklanan.

Misalnya bagi menyokong kesihatan dan keselamatan awam serta akses kepada maklumat pengiklanan berkaitan kempen kesedaran bagi dos penggalak Covid-19.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat