46.7 Peratus Populasi Dewasa Sudah Terima Suntikan Pertama, Muhyiddin Yakin Capai Sasaran

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Setakat ini, seramai 46.7 peratus daripada populasi dewasa di Malaysia telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Pada masa sama, 21.8 peratus populasi tersebut telah mendapat dua dos lengkap, menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia atas sokongan terhadap Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), khususnya kepada petugas barisan hadapan dan sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“Alhamdulillah semalam, kita telah berjaya mencapai kadar vaksinasi harian tertinggi setakat ini iaitu 507,050 dos.

“Ini menjadikan jumlah individu yang telah menerima dos pertama sehingga semalam ialah 10,920,862 dan sejumlah 5,104,054 individu telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.

“Sukacita saya juga ingin mengumumkan bahawa seramai 46.7 peratus daripada populasi dewasa di Malaysia telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos dan seramai 21.8 peratus pula telah mendapat dos yang penuh.

“Pencapaian ini selari dengan sasaran yang ditetapkan dan sudah semestinya perlu dipertingkatkan lagi supaya sasaran 26 juta penduduk Malaysia menerima vaksinasi lengkap berjaya dicapai,” katanya.

Muhyiddin berkata, sejak 12 Julai lalu, PICK berjaya merekodkan pemberian dos harian lebih 400,000 hampir setiap hari.

Dengan vaksinasi, katanya, negara dapat mengurangkan beban kes di hospital dan mengurangkan kes-kes jangkitan teruk, seterusnya melancarkan usaha menjayakan Pelan Pemulihan negara.

-Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat