Semoga Kejayaan Milik Malaysia : Menteri Kanan Pendidikan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin mengucapkan syabas dan tahniah kepada kontinjen Malaysia kerana membawa misi yang disifatkan begitu besar dan bermakna untuk negara dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 bermula hari ini hingga 8 Ogos depan.

“Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada kontinjen Malaysia yang akan berjuang di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

“Semoga dengan penyertaan semua kontinjen menjadi inspirasi buat semua pelajar sekolah-sekolah sukan negara.

“Saya juga mengucapkan syabas buat warga pendidik dan jurulatih yang berjaya memupuk dan membentuk barisan atlet negara. Selamat berjuang wira dan wirawati negara! Semoga kejayaan milik Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya.

Beliau berkongsi harapan dan suntikan semangat itu beserta poster Kementerian Pendidikan menyatakan Selamat Berjuang Demi Malaysia beserta tanda pagar #DemiMalaysia dan #MenangBersama dalam sukan berkenaan.

Kiriman itu mendapat 1,100 perkongsian, 133 komen dan 337 perkongsian.

Rata-rata pengguna media sosial turut mengucapkan selamat maju jaya kepada kontinjen dan berharap atlet negara melakukan yang terbaik dalam sukan kali ini.

Harapan terhadap 30 kontinjen negara yang akan beraksi dalam temasya sukan antarabangsa itu adalah membawa pulang tiga pingat termasuk satu emas.

Lebih separuh daripada kontinjen terbabit adalah lepasan Sekolah-Sekolah Sukan Malaysia (SSM) bagi merebut pingat dalam 10 sukan yang dipertandingkan.

Seramai 18 bekas atlet dan atlet dari dua sekolah sukan iaitu Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) yang mewakili negara ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 bagi sukan badminton iaitu Lee Zii Jia, Soniah Cheah, Aaron Chia, Soh Wooi Yik, Chow Mei Kuan, Lee Meng Yean dan Goh Liu Ying.

Bagi acara sukan terjun pula diwakili oleh Nur Dhabitah Sabri, Ng Yan Yee, Pandelela Rinong, Leong Mun Yee dan Cheong Jun Hoong manakala Mohd. Azizulhasni Awang bagi suka berbasikal, Farah Ann Abdul Hadi (gimnastik), Welson Sim (renang) dan Lee Hup Wei serta Azreen Nabila Alias untuk olahraga serta Syaqiera Mashyikh bagi acara memanah.

Untuk rekod, seramai 30 atlet membawa cabaran negara di temasya Olimpik London 2012 manakala 32 atlet menyertai edisi Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil berjaya membawa pulang empat pingat perak dan satu gangsa. – UTUSAN

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat