Vaksin Untuk Remaja, Apa Cerita Sebenarnya? – Jalaludin Alias

- Advertisement -

OLEH: DATUK SERI JALALUDIN ALIAS, AHLI PARLIMEN JELEBU

BARU beberapa jam saya share (kongsi) tentang keputusan membenarkan kanak-kanak dan remaja daftar pengambilan suntikan vaksin #Covid19 , tiba-tiba keluar pula kenyataan dari CITF (Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19) yang mengatakan remaja 17 tahun ke bawah takkan divaksinkan.

Apa cerita sebenarnya ini?

Laporan berita pada 21 Julai 2021 memberitahu bahawa CITF mengesahkan perkara itu pada hari rabu.

Boleh rujuk disini.

Namun sehari selepas itu, CITF memaklumkan bahawa remaja di bawah umur 17 tahun tidak akan disuntik vaksin pula.

Saya baca di sini tadi.

Saya nak panjangkan soalan dari rakyat yang bertanya, kenapa perlu dibenarkan remaja dan kanak-kanak daftar di MySejahtera sedangkan tidak diberi suntikan?

Seolah-olah suntik angin (picagari kosong) walaupun seseorang itu complete (selesai) mengikut prosedur proses vaksinasi.

Persoalan saya, jika tak benarkan mereka disuntik kerana ditakuti risiko kes myocarditis dan pericarditis (radang jantung), tidak perlulah CITF memberi harapan palsu dan memainkan perasaan rakyat sebegini.

Dalam masa pandemik dan darurat ini saya benar-benar berharap agar negara kita mempunyai pelan komunikasi dan penerangan yang jitu, padu dan jelas kepada rakyat di semua lapisan umur.

Jangan biarkan rakyat terus terpinga-pinga dengan pengurusan komunikasi dan penerangan pandemik yang keliru.

Pautan Asal:-

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=6505202836172259&id=629531773739424

Nota; Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Suara.TV.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat