Instagram, Tik Tok Perlu Lesen, Kenyataan Menteri Melucukan

- Advertisement -

Cyberjaya – Kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Saifuddin Abdullah disifatkan sebagai melucukan.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Nazir Akhtar Husin berkata kenyataan Saifuddin agar rakyat Malaysia mendapatkan lesen sebelum melakukan rakaman dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) walaupun untuk rakaman peribadi separti Instagram dan TikTok adalah tidak wajar.

“Saya tidak fikir tujuan Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981, Seksyen 22 (1) digubal untuk menghalang rakyat biasa mengasah bakat kreativiti dan mengekspresi diri melalui video dalam media sosial.

“Justeru adalah penting untuk Menteri dan Finas membezakan antara pengambaran filem dan dokumentari profesional dengan rakyat biasa yang membuat rakaman untuk akaun media sosial mereka,” ujarnya melalui satu kenyataan kepada SuaraTV.

Menurut Nazir, sebelum menguatkuasakan peraturan tersebut Kementerian seharusnya melonggarkan syarat yang telah ditetapkan.

“Jika Menteri bertegas mahu semua yang membuat rakaman video untuk media sosial mempunyai lesen dan kebenaran dari Finas, maka harus ada prosedur yang mudah, pantas dan cepat dalam membuat permohonan secara dalam talian tanpa syarat yang ketat.

“Zaman telah berubah maka kerajaan juga harus sedia membuat perubahan terutama membabitkan peraturan-peraturan lama.

“Lebih penting Menteri tidak harus menafsirkan undang-undang secara rigid sehingga menimbulkan kebencian rakyat,” tegasnya lagi.

Terdahulu Saifuddin berkata semua bentuk penggambaran perlu mendapatkan lesen dari Finas.

Menurutnya ia termasuk rakaman peribadi seperti Instagram dan TikTok kerana ia tertakluk di bawah undang-undang berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika Seisi Pertanyaan Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini, bagi menjawab soalan Wong Shu Qi (PH- Kluang).

Menurut Saifuddin Akta Finas merujuk kepada sebarang bahan yang dirakamkan termasuk filem pendek, dokumentari, trailer dan filem iklan.

Untuk mendapatkan lesen bagi pembikinan filem dan penggambaran video, pemohon mesti berdaftar sebagai pemilik Syarikat Sdn Bhd dan mempunyai modal berbayar tidak kurang daripada RM50,000.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat