Ada MP UMNO ‘Sign’ Dokumen Sokong Anwar, Zahid Jadi Saksi, Dakwa Shahidan Kassim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim semalam mendedahkan seorang Ahli Parlimen daripada UMNO mengaku dirinya telah menandatangani dokumen sokongan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri.

Menurut Shahidan Ahli Parlimen itu memberitahunya beliau menandatangani dokumen sokongan itu pada 7 Jun lalu di hadapan Anwar dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta seorang individu “kenamaan.”

“Pengakuan seorang Ahli Parlimen yang mengatakan bahawa dia tandatangan untuk menyokong Anwar, di depan presiden dan di depan Anwar dan depan seorang kenamaan.

“Jadi saya rasa ini satu kesalahan yang perlu diambil tindakan,” kata beliau memetik FMT, semalam.

Shahidan tidak memperincikan sama ada dokumen sokongan untuk Anwar itu berbentuk akuan bersumpah (SD) atau lain.

Beliau juga tidak menamakan Ahli Parlimen yang didakwa menandatangani dokumen itu, mahupun, “orang kenamaan” bersama Zahid dan Anwar yang dikatakan hadir sama.

“Tapi benda ini (seorang Ahli Parlimen tandangan sokong Anwar) berlaku 7 Jun lepas,” kata Shahidan.

Sebelum ini SuaraTV melaporkan pendedahan akaun twitter yang mendakwa perkara yang sama dan turut mendedahkan siapa Ahli Parlimen tersebut.

Katanya pendedahan itu antara tiga bukti jelas menunjukkan Zahid melanggar ketetapan parti.

“Persidangan Agung UMNO (PAU) terang sebut bahawa menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) sampai PRU. PAU juga kata ‘No Anwar, No DAP’,” katanya.

Shahidan berkata selain melanggar ketetapan PAU itu, Zahid juga melakukan kesalahan dengan menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong pada tahun lalu untuk menyokong Anwar sebagai perdana menteri, tanpa pengetahuan majoriti ahli Parlimen UMNO

Beliau juga merujuk audio rakaman perbualan yang dikatakan antara Zahid dan Anwar sebagai kesalahan ketiga presiden UMNO yang sepatutnya diambil tindakan oleh Lembaga Disiplin parti.

“Isu audio percakapan semua diam (sekarang) sebab ia melibatkan presiden. Banyak orang (lain) kena tindakan disiplin dengan beberapa kesalahan yang parti tentukan.

“Tetapi ini (apabila) kesalahan melibatkan melanggar keputusan PAU, keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dibuat oleh presiden, (tiada tindakan),” katanya.

Shahidan berkata beliau mendedahkan isu persekongkolan Zahid dengan Anwar kerana mahu menegakkan kebenaran, dan demi kepentingan parti.

“Saya jenis orang baik. (Bagi) saya kalau presiden isytihar benda ini telah berlalu, habis dan minta maaf, saya tidak ada masalah tapi kalau tidak, (maka) presiden telah melanggar keputusan parti dan presiden boleh diambil tindakan.

“Lembaga disiplin kena jawab di akhirat nanti, orang lain dia ambil tindakan tapi presiden langgar keputusan PAU dia tak ambil tindakan. Ini benda terjadi tapi (Lembaga Displin) mendiamkan diri.

“Bukan saya nak lepas geram kerana saya dibuang jadi pengerusi perhubungan UMNO Perlis,” katanya.

Pada 24 April lalu, Zahid mengumumkan penyingkiran Shahidan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis, diganti oleh Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.

Hubungan Zahid dan Shahidan serta beberapa pemimpin UMNO lain rapuh kerana berlainan pendirian bersabit isu tertentu, khususnya kerjasama Umno dengan Bersatu dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat