Ada Gerakan Baharu Dari UMNO Untuk Sokong Anwar?

- Advertisement -

CYBERJAYA – Elit politik UMNO petang semalam gempar dengan pendedahan satu akaun twitter yang mendakwa ada gerakan terbaharu dari UMNO untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri beberapa hari sebelum majlis menghadap DYMM Tuanku Yang di-Pertuan Agong,Al-Sultan Abdullah.

Akaun twitter mennggunakan nama ‘non-existence’ muncul beberapa jam sebelum mesyuarat Biro Politik UMNO mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid telah membawa Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan berjumpa dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di rumah seorang kerabat Di Raja.

Dalam perjumpaan tersebut, Ahmad zahid dan Anwar ibrahim telah ‘mendesak’ Ahmad Nazlan menandatangani Akuan Berkanun (SD) menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.

Ciapan twitter yang turut memaut kepada akaun twitter Ahmad zahid, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Haji Hasan, Setiausaha Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mendedahkan beberapa lagi isu lain.

Antaranya ciapan twitter tersebut mendakwa Mohamad Hasan mendengar sendiri pengakuan Ahmad Nazlan tersebut disaksikan oleh beberapa orang Ahli Parlimen UMNO, termasuk Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat