108 Tahun Berkhidmat, ‘Turn Table’ Kereta Api Tamat Khidmat Hari Ini

- Advertisement -

PETALING JAYA – Selepas lebih 108 tahun berkhidmat di Stesen Tumpat, Kelantan akhirnya ‘turn table’ atau pemutar rel kereta api menamatkan khidmatnya hari ini.

Turn table tersebut mula digunakan pada tahun 1913 di Depoh Stokereta Tumpat, Kelantan yang pada ketika itu di bawah pentadbiran Federated Malay States Railway (FMSR).

Ia dibina di England dan dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh Syarikat Patent Shaft & Axletree Engineers Co. Ld.

Menurut Pegawai Operasi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Tumpat, Azman Hasan berkata, pemindahan ‘turn table’ adalah untuk memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf landasan baharu yang menghubungkan depoh Tumpat ke bahagian pencucian tren.

Katanya, ‘turn table’ tersebut akan ditempatkan ke lokasi baharu sejurus perbincangan lanjut dilakukan sebagai simpanan dan sebahagian sejarah kereta api untuk tatapan generasi akan datang.

“Kerja-kerja pembongkaran (pemindahan) selesai dilaksanakan pada pukul 1 petang hari ini selepas ia dimulakan kira-kira pukul 11.30 pagi.

“Fungsi turn table ini adalah untuk memusingkan lokomotif bagi menukarkan arah kedudukan ruang pemandu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Azman berkata, keunikan ‘turn table’ ini terletak pada titik graviti yang sangat sempurna, iaitu boleh dipusingkan dengan menggunakan dua hingga tiga orang kakitangan sahaja dalam satu-satu masa.

“Keseimbangan graviti membolehkan ‘turn table’ dapat memusingkan lokomotif dengan mudah sesuai dengan berat beban,” ujarnya. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat