Bank Dunia Unjur KDNK Malaysia Turun Kepada 4.5 Peratus

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5 peratus pada 2021, berbanding unjuran 6.0 peratus sebelum ini, di tengah-tengah lonjakan semula kes jangkitan COVID-19 bermula pertengahan April tahun ini, kata Bank Dunia.

Menurut laporan ‘Malaysia Economic Monitor: Weathering the Surge’ Bank Dunia yang dilancarkan hari ini, kenaikan mendadak kes jangkitan itu telah menimbulkan kebimbangan terhadap keseluruhan kapasiti sistem kesihatan Malaysia dan kesan kitaran pembukaan dan penutupan ekonomi yang berlaku sekarang ke atas isi rumah dan perniagaan.

Ahli Ekonomi Kanan Kumpulan Bank Dunia bagi makroekonomi, perdagangan dan pelaburan Shakira Teh Sharifuddin berkata,sekatan pergerakan yang dilaksanakan sekarang akan memberi impak kepada ekonomi Malaysia dalam tempoh terdekat ini.

“Dalam tempoh terdekat, tumpuan adalah untuk membendung penularan pandemik dan menyelamatkan nyawa serta mata pencarian

“Bagi tempoh sederhana, penting untuk mengambil iktibar daripada pandemik dan mengambil langkah-langkah padu seperti membina semula penampan fiskal dan mengukuhkan lagi sistem perlindungan sosial,” katanya pada sidang media secara maya selepas pelancaran Malaysia Economic Monitor – Edisi Jun 2021, hari ini.

Selain itu, bilangan isi rumah rentan juga dijangka meningkat, kata laporan itu.

Menurut laporan itu, keutamaan segera Malaysia perlu ditumpukan kepada pengurusan pandemik yang cekap serta kesannya ke atas individu, isi rumah dan perniagaan, manakala strategi sokongan yang efektif penting bagi memastikan pembukaan semula ekonomi yang beransur-ansur dan selamat serta melonggarkan sekatan pergerakan.

Usaha melindungi nyawa dan kesihatan rakyat yang dapat mengelakkan kesan yang lebih teruk ke atas sistem kesihatan negara adalah suatu yang penting bagi memastikan penyambungan semula ekonomi yang selamat dan mengekang kejatuhan lagi ekonomi.

Sementara itu, Ahli Ekonomi Kanan Kumpulan Bank Dunia bagi kewangan, daya saing dan inovasi Smita Kuriakose menggesa pembaharuan struktur yang kukuh dalam tempoh jangka sederhana dan jangka panjang bagi memastikan pemulihan pasca pandemik yang padu, diterajui oleh sektor swasta.

Beliau berkata perniagaan Malaysia lebih terjejas ketika ini dengan kurangnya aliran tunai untuk bertahan dengan krisis kesihatan sekarang.

“Ini menunjukkan kesan negatif daripada pandemik. Kita juga berdepan dengan cabaran fiskal dan jadi sumber awam perlu disalurkan seperti peruntukan semula sumber ekonomi yang cekap, yang mana ia boleh mewujudkan nilai tinggi,” katanya. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,547FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat