Dunia Berusaha Lawan Covid, Geng Guan Eng, Mat Sabu Sibuk Cari Calon PM – Najib

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menyindir Pakatan Harapan (PH) dan mendakwa mereka masih gagal mencari calon Perdana Menteri meskipun sudah tiga bulan bekerja keras.

Kata bekas Perdana Menteri itu: “Bukan suruh korang selesaikan masalah rakyat pun. Cuma nak cari calon PM je.

“Itupun gagal setelah tiga bulan geng Guan Eng dan Mat Sabu berusaha keras,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Beliau mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh DAP dan Parti Amanah Negara semalam yang berkata kedua-dua parti itu secara konsisten menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri Malaysia sejak tahun 1998 dan akan terus berbuat demikian.

Walaupun Mahathir, Warisan dan PKR tidak dapat saling bersetuju, kesemua parti dalam Pakatan Harapan, Warisan dan kelompok Tun Dr Mahathir mesti mencari titik persamaan untuk menuntut kembali mandat yang telah diberikan rakyat dalam Pilihan Raya Umum 2018, menurut kenyataan bersama Mohamad Sabu, Presiden Parti Amanah Negara dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Tambah mereka, Amanah dan DAP telah berusaha keras sepanjang tiga bulan lalu untuk mencari titik persamaan yang dapat diterima semua pihak. Malangnya, usaha itu belum berjaya.

“Kami berharap PKR dan Tun, bersama-sama Warisan tidak akan semakin menjauh bahkan terus merapat dan bersatu-padu.

“Melihat masing-masing sebagai musuh dan bukan rakan sekutu tidak akan membantu perjuangan rakyat bahkan hanya membantu mereka yang telah menumbangkan sebuah kerajaan sah yang dipilih rakyat, dengan sebuah kerajaan tanpa mandat rakyat,” kata mereka.

Kata Najib lagi, ketika seluruh dunia sedang memerangi wabak Covid-19, PH pula berusaha keras mencari calon Perdana Menteri.

“Seluruh dunia tengah lawan Covid. Depa tengah berusaha keras untuk cari calon PM pulak,” katanya.

Topik Hangat

Ismail Sabri bakal dilantik TPM, Zahid dipinggir punca UMNO berantakan?

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disebut-sebut bakal dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri. Desas-desus ini khabarnya antara punca UMNO...

Muhyiddin Mana Lebih Sakit Kena Cucuk Atau Titah Agong?

KUALA LUMPUR - Perkara yang paling ditakuti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan parti yang dipimpinnya ialah sidang Parlimen dan Pilihan Raya Umum...

Bicara Tangguh Lagi, Hakim Minta Zahid tak Hadir Mesyuarat Seminggu Sebelum Ke Mahkamah

KUALA LUMPUR – Selepas beberapa siri perbicaraan tertangguh, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah mengarahkan peguam bela agar menasihatkan tertuduh, Datuk Seri...

Berita Berkaitan

Tindakan PKR Terima Keahlian ADUN Amanah Tak Hormat Setiakawan – Pemuda Amanah

KUALA TERENGGANU - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Terengganu menganggap tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima kemasukan tiga wakil rakyat Amanah ke parti itu...

Tindakan Tiga ADUN Amanah Keluar Parti Tak Serius – Khalid Samad

KUALA LUMPUR - Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad menyifatkan tindakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu bertindak keluar parti...

Saya Miliki Sokongan Besar, Darurat Kerana Covid Tiada Kaitan Politik – Muhyiddin

KUALA LUMPUR - Perisytiharan darurat sama sekali tiada kaitan dengan politik atau untuk membolehkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengekalkan jawatan sebagai perdana menteri sebaliknya...