Angelina Jolie dedah punca perceraian selepas 4 tahun

- Advertisement -
Agensi

SELEPAS empat tahun berpisah, pelakon terkenal Hollywood, Angelina Jolie mendedahkan punca sebenar perceraiannya dengan Brad Pitt adalah demi masa depan anak-anak mereka.

Angelina dalam satu temubual berkata, keputusan itu juga dianggap tepat dan untuk kebaikan keluarga.

“Saya berpisah demi kebaikan keluarga dan ini adalah keputusan yang tepat. Saya ingin pulihkan anak-anak. Ada beberapa pihak mengambil keuntungan daripada sikap berdiam diri saya dan anak-anak mula melihat pembohongan mereka di media. Saya sentiasa mengingatkan diri jika mereka tahu kebenaran apa yang akan mereka fikirkan nanti,” katanya.

Angelina juga meluahkan rasa syukur apabila anak-anak memahami situasi yang dihadapi ketika itu.

Menurut pelakon filem Salt itu, semua anak memberi sokongan moral sepanjang dia berdepan perceraian itu.

“Anak-anak faham keadaan saya ketika itu dan mereka banyak membantu. Mereka menerima keputusan ini dengan baik. Banyak perkara saya belajar daripada mereka. Sebagai orang tua kita kena ajar mereka untuk sentiasa bersyukur dan percaya dengan kata hati sendiri. Mereka melihat keadaan itu dan ternyata mereka berharap kita melakukan hal yang sama,” katanya.

Brad Pitt dan Angelina Jolie sudah bersama selama 12 tahun sebelum  mengambil keputusan bercerai pada 2016.

Mereka memiliki tiga anak kandung dan mengambil tiga anak angkat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat