Muktamad PKR Calonkan Anwar Jadi PM, Tolak Mahathir – MPP PKR

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PKR hari ini memuktamadkan keputusan untuk kekal dengan konsensus Pakatan Harapan mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kesembilan dan menolak pencalonan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan tersebut.

Perkara itu diputuskan oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Keadilan selepas mengadakan mesyuarat khas bersama ahli-ahli Parlimen parti itu.

Dalam satu kenyataan di sini, parti itu menegaskan pihaknya telah mengambil kira pandangan semua pihak dalam mencari jalan terbaik mempertahankan kebajikan rakyat dan membawa keadilan untuk semua rakyat.

PKR, juga, kata kenyataan itu menghargai usul dan usaha rakan-rakan dalam DAP dan Amanah yang secara konsisten menyokong pencalonan Anwar sebagai calon Perdana Menteri.

Bagaimanapun, menurut MPP, permasalahan berbangkit apabila bekas perdana menteri ketujuh, Dr Mahathir berpendirian mahu kembali buat kali ketiga sebagai Perdana Menteri.

“KEADILAN tetap terbuka untuk berbincang dengan semua pihak termasuk Tun Dr Mahathir demi usaha menyelamatkan Malaysia dan mengembalikan mandat rakyat ke tempatnya.

“Walau bagaimanapun, parti memutuskan untuk tidak menyokong cadangan mencalonkan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, dan kekal dengan konsensus Pakatan Harapan mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri,” kata MPP.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat