Umno-BN kini ditimpa bala kerana bongkak dan mudah lupa – A.Kadir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno – Barisan Nasional (BN) kini didakwa sedang menjalani ‘hukuman masa’ gara-gara bongkak dan mudah lupa.

Wartawan veteran, Datuk A.Kadir Jasin mendakwa dalam tempoh masa 20 tahun, prestasi Umno-BN merudum daripada parti yang sukar ditentang kepada melukut di tepi gantang.

“Sejarah menghukum dengan berat orang yang bongkak dan mudah lupa.

“Umno dan BN lupa, dan akhirnya ditimpa bala.

“Itu pun manusia politik tidak belajar juga,” kritik tokoh wartawan itu dalam kenyataannya di Facebook pada Khamis.

Menurut A.Kadir, dalam lamunan kuasa dan buaian kesenangan, mereka lupa kuasa rakyat jelata.

“Mereka lupa yang jerat tidak lupakan pelanduk,” bidas beliau.

A.Kadir berkata demikian merujuk keratan akhbar Mingguan Malaysia bertarikh Ahad,14 Mac 2004 bertajuk ‘Menang tanpa bertanding 14 kerusi Parlimen, 7 Dewan Undangan Negeri (DUN)- Mandat besar BN bermula.

Artikel itu melaporkan BN bermula cemerlang apabila memenangi 14 kerusi Parlimen dan tujuh DUN tanpa bertanding pada hari penamaan calon pada Pilihan Raya Umum ke-11 (PRU-11) bagi mendapatkan lebih besar daripada rakyat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat