MOT cuma kawal selia MAHB, pegangan saham diurus Khazanah- Anthony Loke

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan tiada kena mengena dengan isu pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sebagaimana yang dibangkitkan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Menyifatkan tindakan menyerah memorandum ke kementeriannya seperti dilakukan oleh Wan Ahmad Fayhsal berhubung perkara itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menyindir beliau sudah salah pintu.

“Sebenarnya mereka dah salah ketuk pintu… sekiranya anda mahu serah memorandum, anda sepatutnya pergi ke Khazanah.

“Saya menasihat Wan Fayhsal cari alamat yang betul,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja di Wisma Monorail lapor MalaysiaGazette pada Khamis.

Anthony Loke berkata demikian sebagai mengulas mengenai bantahan berterusan dalam isu penjualan saham MAHB.

Ia antara lain mendorong sekumpulan ahli politik dan aktivis mengadakan bantahan di depan Kementerian Pengangkutan di Putrajaya, pagi tadi.

Dalam pada itu, Anthony Loke turut menempelak Wan Ahmad Fayhsal yang juga Ketua Armada Bersatu sebagai tidak faham dengan tindakan sendiri walaupun mempunyai status sebagai seorang Ahli Parlimen.

“Saya dah nyatakan banyak kali. Jadi, saya rasa kesal sebab dia Ahli Parlimen pun tak faham, dia nak hantar memorandum patut cari tempat yang betul.

Mengulas lanjut Anthony Loke berkata keputusan untuk mengadakan usahama strategik membabitkan Khazanah bukan di bawah bidang kuasa kementeriannya.

Sebaliknya, kata Anthony Loke, Kementerian Pengangkutan hanya bertindak sebagai pengawal selia saja.

“Justeru operator itu nak adakan usaha sama dengan siapa, ia di luar kawalan kita (Kementerian Pengangkutan).

Pada 15 Mei lalu, Khazanah mengumumkan akan menerajui sebuah konsortium, Gateway Development Alliance (GDA) bagi tawaran sukarela prasyarat untuk membeli semua saham MAHB yang belum dimilikinya, dengan harga tawaran RM1 seunit.

Pemegang saham konsortium itu turut merangkumi usaha sama antara Abu Dhabi Investment Authority (Adia) dan GIP – menerusi GIP Aurea Pte Ltd.

Susulan itu, beberapa pihak menyuarakan bantahan serta kebimbangan ke atas cadangan penjualan 30 peratus saham MAHB kepada GIP yang juga subsidiari syarikat Blackrock – sebuah firma pelaburan pro-Israel.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat