Ranhill SAJ terima anugerah tertinggi SPAN

- Advertisement -

CYBERJAYA – Syarikat pengendali air, Ranhill SAJ Sdn Bhd mencipta sejarah tersendiri apabila menerima anugerah tertinggi daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Malaysia (SPAN).

Dua anugerah tersebut merangkumi Anugerah Utama Operator Awam Terbaik dan Anugerah Inovasi Industri Air Terbaik.

Naib Presiden Ranhill, Mohd Zaffarollah Mohd Nordin berkata syarikat itu menghargai anugerah tersebut yang disifatkan pengiktirafan terhadap komitmen syarikat dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada pengguna.

“Alhamdulillah penghargaan tertinggi dari Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)

“InsyaAllah kami akan sentiasa perbaiki segala aduan dan kelemahan serta kekurangan demi kebaikan seluruh Bangsa Johor yang dikasihi.

“Anugerah ini bukti komitmen kami untuk terus menjadi yang terbaik dikalangan yang terbaik.

“Tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua kakitangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung,” katanya, dipetik dari Facebook beliau, hari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat