Gergasi telekomunikasi China, Huawei didakwa melanggar hak asasi pekerja

- Advertisement -

CHINA – Sejak beberapa tahun kebalakangan ini, Huawei, syarikat telekomunikasi global berpangkalan di China telah menjadi tumpuan dunia kerana peranan dalam pembangunan dan pelaksanaan teknologi 5G. Namun, reputasi syarikat berkenaan sebagai majikan turut menerima kritikan, dengan laporan mengenai keadaan persekitaran serta budaya kerja yang tidak kondusif, penganiayaan buruh, diskriminasi kaum serta kebergantungan melampau terhadap tenaga buruh dari China.

Salah satu tuduhan kepada Huawei yang paling terkesan adalah sikap syarikat berkenaan terhadap kebajikan pekerja. Menurut laporan oleh China Labor Watch, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak pekerja di China, Huawei telah dituduh mengeksploitasi pekerja, melanggar undang-undang buruh serta gagal menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat. Laporan itu mendapati bahawa pekerja Huawei terdedah kepada kerja lebih masa yang berlebihan, gaji yang rendah dan tidak berpadanan serta keadaan kerja yang berbahaya. Selain daripada isu ini, Huawei juga telah dikritik ramai kerana amalan pengambilan pekerja yang bersifat diskriminasi.

Syarikat itu dituduh sering bergantung dan memilih warganegara China berbanding pekerja tempatan, terutamanya dalam jawatan pengurusan syarikat di seluruh dunia. Ini telah mengakibatkan Huawei dituduh sebagai xenophobia dan mengamalkan sikap rasisme terpilih di dalam pemilihan kakitangan syarikat.

Di Afrika Selatan, Huawei sedang menghadapi tindakan undang-undang kerana melanggar peraturan mengenai pengambilan pekerja tempatan dan perintah untuk mengubah amalan syarikat, seperti yang dinyatakan oleh Jabatan Buruh Afrika Selatan. Dianggarkan kira-kira 90% daripada pekerja syarikat itu adalah warganegara China, melanggar peraturan “kesaksamaan pekerjaan” yang menetapkan had 40%, kata Jabatan berkenaan, berdasarkan audit pada tahun 2020. Firma berkenaan turut disaman sebanyak R1.5 juta, iaitu 2% daripada hasil pulangan perniagaan bagi tahun berkenaan.

Manakala di Malaysia, dilaporkan bahawa Huawei mengamalkan pemgambilan kakitangan bagi warganegara China dan orang tempatan yang berbahasa Cina sahaja, sekaligus menutup peluang kepada calon Bumiputra yang berkelayakan di semua peringkat pengurusan.

Carian di LinkedIn turut menunjukkan hampir semua eksekutif teratas firma Huawei di Malaysia, adalah warganegara asing dan bukan berasal dari Malaysia.

Selain itu, Huawei turut didakwa gagal menyokong usaha Kerajaan untuk membangunkan vendor serta mengembangkan bakat tempatan. Laporan menunjukkan bahawa gergasi telekomunikasi tersebut lebih senang berurusan dengan penjual dan pembekal antarabangsa berasal dari China, berbanding mengembangkan dan berurusniaga dengan syarikat tempatan. Anak-anak syarikat Huawei juga dituduh enggan mengambil pekerja tempatan, dan lebih suka memilih warganegara China atau ekspatriat, yang menghadkan peluang untuk para profesional tempatan, yang turut menyumbang kepada isu ‘brain drain’.

Reputasi buruk Huawei sebagai majikan bukan sahaja memberi kesan terhadap keupayaan firma berkenaan untuk menarik minat pekerja, malah turut memberi implikasi yang negatif terhadap imej dan reputasi syarikat, terutamanya di pasaran Barat di mana piawaian amalan buruh dikawal rapat, selaras dengan tren semasa syarikat global semakin bertanggungjawab terhadap impak sosial dan alam sekitar.

Walau bagaimanapun, Huawei telah menafikan kesemua dakwaan ini, menyatakan bahawa ia mematuhi semua undang-undang peraturan dan peraturan buruh serta menghargai sumbangan semua pekerjanya.

Namun demikian, reputasi Huawei sebagai majikan telah terjejas akibat laporan ini, dengan ramai pekerja mengambil langkah berwaspada untuk berkhidmat dengan Huawei kerana reputasinya. Kes yang sama turut dilaporkan dengan syarikat-syarikat China yang lain, termasuklah ZTE, dan ByteDance.

Di dalam usaha China memajukan agenda dan inisiatif Belt Road melalui pelbagai projek mega swasta yang dibiayai secara global, negara-negara perlu sedar, cakna dan ambil peduli akan akibat tindakan seperti ini terhadap rakyat, budaya, dan pembangunan negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat