Seronok beraya, jangan lupa saudara kita di China, India dan Palestin

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Ketika rakyat Malaysia meraikan Aidilfitri esok, jangan dilupakan saudara seIslam lain yang terus ditekan sepanjang Ramadan ini.

Di China, Parti Komunis China menghantar pegawai untuk memastikan orang Uighur di Xinjiang tidak menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan.

Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) pada Khamis lepas mengecam tindakan itu susulan laporan Radio Free Asia yang pihak berkuasa China menghantar perisik ke Xinjiang bagi memantau aktiviti orang Islam Uighur sepanjang bulan Ramdan.

Pihak berkuasa dilaporkan mengesan 54 orang Uighur melanggar undang-undang dengan berpuasa.

“Tindak balas kerajaan China yang dilaporkan menghantar perisik untuk menganggu ibadah beragama orang Islam Uighur sepanjang Ramadan adalah pelanggaran maruah dan kebebasan beragama seperti ditetapkan undang-undang antarabangsa. Parti Komunis China perlu menghentikan perang terhadap Islam di Xinjiang,” kata Timbalan Pengarah Eksekutif CAIR Edward Ahmed Mitchell dalam satu kenyataan.

China dituduh melakukan penindasan besar-besar umat Islam Uighur di Xinjiang sejak 2014 dan mencapai kemuncaknya pada 2017 apabila ratusan pusat tahanan diwujudkan untuk memenjarakan umat islam Uighur di wilayah itu.

Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan krisis kemanusiaan di Xinjiang adalah jenayah terhadap kemanusiaan, manakala Amerika Syarikat menyifatkannya sebagai tindakan penghapusan bangsa (genocide).

Berdasarkan siasatan pelbagai badan hak asasi dunia, lebih sejuta etnik Uighur dipenjarakan sejak 2017. Sementara bagi mereka yang tidak dipenjara, umat Islam Uighur di Xinjiang dikenakan sekatan ketat untuk mengamalkan ibadah, dihantar sebagai buruh paksa dan menjalani pemandulan paksa di pusat tahanan.

Menurut laporan Associated Press pada 2017, satu daripada 25 orang Uighur di Xinjiang dipenjara atas tuduhan keganasan. Laporan Human Rights Watch pula menyebut yang pada 2017, lebih setengah juta orang Uighur di Xinjiang didakwa.

Di India pula, kerajaan nasionalis Hindu di bawah pimpinan Narendra Modi terus menjadikan bulan Ramadan sebagai mimpi ngeri penganut Islam di sana.

Dalam satu kejadian pada 4 April, pelampau Hindu menghalang penganut Islam daripada bertarawih di Haldwani, Uttarakhand dengan hampir 60 orang pelampau kumpulan Bajrangg Dal menyerang jemaah yang sedang bersolat di sebuah masjid.

Walaupun aduan dibuat, tiada tindakan diambil polis dan separuh masjid ditutup pada Ramadan hingga menyukarkan umat Islam di sana untuk mengerjakan ibadah.
Tindakan polis ini bukan asing, di negeri Uttar Pradesh, badan hak asasi menuduh polis terlibat dalam “pembunuhan terancang”.

Kes terbaru melibatkan pembunuhan bekas ahli politik Islam, Atiq Ahmed dan adiknya, Ashraf, yang dalam tahanan polis ditembak dan kejadian itu disiarkan secara langsung di televisyen.

Mereka ditembak ketika dipindahkan dengan kawalan polis apabila sekumpulan wartawan mengerumuninya untuk bertanyakan soalan, dan penembak melepaskan tembakan yang membunuh Atiq Ahmed.

Selepas kejadian itu, penyokong parti Modi, BJP, dilihat meraikan kematian politikus Islam India itu.
Sepanjang Ramadan, 31 kes gangguan pelampau Hindu ke atas penganut Islam dilaporkan di India.

Di Palestin pula, pelampau Israel mengulangi acara tahunan menyerbu Masjid Al-Aqsa setiap kali Ramadan.

Tahun ini, polis dan pengawal sempadan menyerbu masjid tersebut dan menahan hingga 13 orang pada Rabu lepas.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat