Pak Lah Sihat, Masih Seperti Dahulu – Reezal Merican

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi berada dalam keadaan sihat dan masih seperti dahulu.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata demikian, selepas menziarahi Abdullah, atau lebih mesra disapa Pak Lah, di rumahnya semalam.

“Lazimnya saya akan menziarahi Ayahanda Tun Pak Lah dua kali sebulan. Cuma sejak empat ke lima bulan lalu, saya tidak berkesempatan melakukannya lantaran situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat COVID-19.

“Ayahanda Tun Pak Lah sihat walafiat dan masih tetap seperti dulu. Ada sahaja gurau senda beliau tatkala kami mengimbau memori dan kenangan bersama.

“Semestinya juga perjalanan politik saya banyak dipandu dan dibentuk oleh beliau. Malah saya mewarisi satu legasi yang cukup besar yang telah dibina oleh beliau di Kepala Batas,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau, semalam.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat