Dokumen bocor menunjukkan pencerobohan siber China di Malaysia dan 20 wilayah lain

- Advertisement -

Dokumen bocor dari kumpulan penggodam yang berkaitan dengan negara China telah mendedahkan bahawa terdapat gangguan siber yang meluas di sekurang-kurangnya 20 negara, termasuk Malaysia.

Maklumat yang bocor tersebut termasuk lebih dari 570 fail, imej, dan log perbualan yang mendedahkan butiran tentang iSoon, sebuah firma China yang menyediakan perkhidmatan pencerobohan dan pengumpulan data kepada agensi kerajaan, kumpulan keselamatan, dan syarikat milik negara China.

Fail-fail itu, yang di muat naik di atas platform Github minggu lalu, juga mendedahkan wujudnya kontrak untuk mencuri data asing selama lapan tahun, dengan Malaysia dikenal pasti sebagai salah satu wilayah yang disasarkan, menurut laporan Washington Post.

Pakar keselamatan siber yang bercakap dengan akhbar harian AS itu berkata dokumen-dokumen itu adalah tulen dan juga mengesahkan bahawa akses tanpa sekatan kepada butiran berkaitan operasi perisikan seperti ini adalah amat jarang sekali berlaku.

“Kami mempunyai segala sebab untuk percaya bahawa ini adalah data asli kontraktor yang menyokong operasi pencerobohan siber global dan domestik dari China,” kata John Hultquist, ketua analisis Mandiant Intelligence, sebuah firma keselamatan siber yang dimiliki oleh Google Cloud.

Dokumen yang tersebar termasuklah satu jadual yang mendedahkan beberapa kejayaan penggodaman ke atas sasaran luar negara, termasuk 95.2 gigabit data imigresen dari India dan koleksi 3 terabit log panggilan dari pembekal telekomunikasi LG U Plus Korea Selatan. Firma tersebut juga menyasarkan syarikat telekomunikasi di negara-negara lain, termasuk Malaysia.

Antara dokumen lain yang telah dibocorkan termasuk panduan bagi perkhidmatan menggodam akaun Microsoft, Apple, dan antara lainnya Twitter. Juga terdapat satu dokumen mempromosikan pakej iSoon yang membolehkan pelanggan mengawal secara rahsia akaun Microsoft Outlook dan Hotmail dengan memintas protokol pengesahan.

“Pada masa kini, maklumat dan data adalah ibarat nyawa bagi sesebuah negara dan dan merupakan salah satu sumber yang berusaha untuk dirampas oleh kuasa asing. Dalam peperangan maklumat, mencuri maklumat musuh dan memusnahkan sistem maklumat musuh telah menjadi kunci untuk mengalahkan musuh,” katanya.

iSoon bukan sahaja mewujudkan perjanjian jangka panjang tetapi juga bertindak balas terhadap permintaan atas permintaan daripada bandar-bandar kecil China dan syarikat swasta.

Dalam satu pertukaran perbualan, seorang pekerja iSoon memberi tindak balas kepada permintaan dari sebuah biro keselamatan negara di selatan China yang mencari maklumat mengenai Hong Kong dengan mencadangkan emel dari Malaysia sebagai sumber alternatif.

Laporan FMT

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat