Janna Endoro Filem yang mengangkat wanita sebagai watak hero

- Advertisement -

Sebuah filem terbitan Double Channel Sdn Bhd dan arahan Sham Jr yang berjudul Janna Endoro yang telah mula ditayangkan di 50 pawagam seluruh Malaysia bermula pada 22 Febuari Lepas.

Filem Janna Endoro dari idea asal Engku Seri Kelantan berlatarkan Negeri Kelantan yang sinonim dengan gelaran Cik Siti Wan Kembang. Sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai budaya Melayu-Siam dan masyarakat pribumi lain.

Idea ini kemudian diterjemah oleh Nayie Klate dan DCSB team sebagai penulis skrip bagi menghasilkan sebuah naskhah yang mantap dan seimbang dalam semua aspek.

Filem ini tampil berbeza apabila mengetengahkan wanita bernama Janna sebagai watak utama atau Hero, yang jarang-jarang berlaku dalam industri hiburan tanah air.

Pemerhatian terhadap sosio budaya di Kelantan yang dikenali dengan seni mempertahankan diri Tomoi, Muay Thai, Wat Siam, Dikir Barat, Rambong, Main Puteri dan pelbagai lagi yang mempunyai keunikan tersendiri ditampilkan dalam filem ini.

Sham Jr berkata, pemilihan Negeri Kelantan sebagai lokasi dibuat semasa perbincangan diperingkat penyediaan proposal lagi.

“Kami memilih lokasi Negeri Kelantan kerana ia dekat dengan jiwa saya, tapi saya tetap berjaga-jaga sebab dari segi dialog kita kena pastikan yang filem ini betul-betul dialognya dalam Bahasa Kelantan sepertimana kita dengar mereka berbual.

“Alhamdulillah pihak Double Channel memberi kebebasan dan kebenaran kepada saya untuk memilih siapa yang akan jadi jurukamera, siapa pengarah seni dan siapa mekap artis. Mereka bersetuju dengan pemilihan tenaga produksi saya.

“Saya tahu kebolehan mereka dan rasa kerjasama serta sentuhan mereka dapat membantu saya. Malah saya juga tidak menolak cadangan dan idea dari unit lain untuk kebaikan filem ini juga.

Filem Janna Endoro menampilkan barisan pelakon popular seperti Trisha Ooi, Pekin Ibrahim, Mohd Asrulfaizal, Wan Hanafi Su, Josiah Hogan,Zoee Tan, Syed Aiman, Kamarool Hj Yusoff, Zalfa Zin, ZZ Zamrie dan Danie X-Factor.

Sinopsis Filem Janna Endoro
Filem ini mengisahkan Janna seorang isteri yang patuh dan taat kepada suaminya, Mat Dat. Mereka mempunyai seorang anak perempuan berumur 3 tahun, Dhia. Suaminya seorang kaki baran, kerja tidak menentu, kaki lalok, berjudi dan berhutang sehinggakan suaminya menjadi buruan Ah Long.

Walaupun Janna tetap bekerja membantu menyara keluarganya, dia selalu kena marah dan dipukul oleh suaminya. Malah, suaminya juga memaksa Janna menjual maruah untuk membayar hutang!

Suatu hari, Janna terjatuh dalam sungai dan suaminya menjangka Janna sudah mati, tetapi Janna telah diselamatkan oleh Che Omar, seorang guru silat. Kemudiannya, Janna dapat tahu anaknya diculik kerana gagal membayar hutang.

Janna nekad untuk mendapatkan kembali anaknya, jadi dia bersiap diri sepenuhnya dengan dorongan gurunya, Che Omar, yang memberi semangat kepadanya. Di saat Janna pergi mencari anaknya, dia terserempak dgn suaminya yang juga sedang mencari anaknya juga. Adakah Janna dan Mat Dat dapat berjumpa kembali anak mereka?

Filem Janna Endoro dihasilkan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menerusi Dana Kandungan Kreatif (DKD).

Jadi apa tunggu lagi jom saksikan filem Janna Endoro di pawagam sekarang!

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat