“Ada beza pelaburan diluluskan dengan projek dilaksanakan” – A.Kadir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Wartawan veteran, Datuk A.Kadir Jasin menegaskan, ada beza antara pelaburan yang diluluskan dengan projek yang dilaksanakan.

Beliau malah menuntut kerajaan supaya mengemukakan butiran pelaburan.

“Ada beza antara pelaburan yang diluluskan dengan projek yang dilaksanakan.

“Elok beri butiran,” gesa beliau.

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia mencatatkan jumlah pelaburan diluluskan tertinggi dalam sejarah negara, sebanyak RM329.5 bilion pada tahun lalu, iaitu 23 peratus lebih tinggi berbanding 2022.

Menteri Kewangan itu berkata, daripada jumlah pelaburan tersebut, pelaburan asing adalah penyumbang utama iaitu sebanyak 57.2 peratus berbanding pelaburan domestik 42.8 peratus.

“Prestasi cemerlang ini disokong oleh peningkatan sebanyak 35.1 peratus bagi pelaburan domestik dan sebanyak 15.3 peratus bagi pelaburan asing.

“Secara tidak langsung, ini merupakan satu petanda bahawa dasar mesra pelaburan (pro-investment) dan mesra perniagaan (pro-business) yang dilaksanakan menerusi pendekatan seluruh Kerajaan (whole-of-government) telah mula membuahkan hasil dalam meningkatkan keyakinan pelabur,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Mengulas lanjut, A.Kadir menjelaskan, apabila agen pelaburan mendapat 10 peratus daripada anggaran pelaburan keseluruhannya, dia akan membuat permohonan.

“Katakanlah kos keseluruhan RM100 juta. Apabila mendapat peruntukan awal RM10 juta, dia akan buat permohonan. Baki RM90 juta belum tentu dapat.

“Sebab itulah peratus atau bilangan projek yang benar-benar dilaksanakan penting. Yang dimohon dan diluluskan tidak semestinya dilaksanakan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat