KUALA LUMPUR – Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Noraini Ahmad mengingatkan Ahli Parlimen Puchong Yeo Bee Yin supaya tidak kurang ajar apabila meraikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengekalkan hukuman penjara Datuk Seri Najib Razak.
“Kalau tiada benda baik hendak dikata, lebih baik diam.
“Ini bukan masa untuk jadi kurang ajar,” selar Ketua Pemuda Umno itu.
Dalam hantaran di Facebooknya pada Isnin Bee Yin mencatat “satu lagi sebab untuk meraikan penghujung tahun ini”, sambil berkongsi berita keputusan Najib kekal di Penjara Kajang.
Sementara itu, seorang lagi ahli Parlimen Umno merangkap Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah menganggap kenyataan Bee Yin itu sebagai biadab.
“Sebab itu susah untuk dihormati dan dipercayai kerana sikap dan pendirian tidak pernah berubah.
“Belajarlah hormati orang lain,” selar Ahli Parlimen Lenggong itu.



