Tun M rasa bersalah tak mampu selamatkan umat Islam daripada dibunuh Israel

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa bersalah kerana gagal menyelamatkan umat Islam yang diserang dan dibunuh oleh Israel.

Beliau malah berkata umat Islama di dunia telah mengabaikan fardu kifayah.

“Saya berasa amat bersalah kerana gagal menunaikan ajaran Islam berkenaan keselamatan umat Islam. Sebabnya ialah kerana umat Islam tidak mampu melindungi dan menyelamat umat Islam seperti yang diwajib oleh agama Islam.

“Kita patut tanya diri kita kenapa tidak ada kuasa besar di kalangan negara-negara Islam.

“Sebabnya ialah kerana kita abaikan fardu kifayah. Sebenarnya Allah telah kurniakan kepada negara-negara Islam kekayaan yang tidak terhingga nilainya. Tiap hari berpuluh juta tong minyak petrol yang dikeluarkan di negara Islam. Tiap satu tong menghasilkan US70 dollar (RM300). Berpuluh juta tong bermakna USD1,400,000,000 sehari. Itu untuk satu hari. Pada satu tahun ada 365 hari.

“(Sewajarnya) dengan kurniaan yang begitu banyak sepatutnya kita mampu mengadakan tentera yang dilengkapi dengan semua senjata buatan kita sendiri untuk menyelamatkan umat Islam.

“Tetapi kita tidak berupaya. Ini adalah kesalahan kita, kerana kita tidak ikut ajaran agama kita untuk menyelamatkan umat Islam,” luah Dr Mahathir kesal dalam catatannya di media sosial pada Jumaat.

Kesedihan beliau itu susulan berita-berita yang memaparkan kekejaman tentera Israel ke atas umat Islam di Palestin dan Lubnan.

“Kita sedih dan kecewa mendapat laporan bagaimana tiap hari puluhan orang Palestin di Gaza dibunuh oleh tentera Israel.

“Sekarang rakyat Lubnan pula yang dibunuh oleh Israel. Kenapa genocide ini berlaku berterusan? soal bekas Perdana Menteri itu lagi.

Menurut Negarawan itu lagi, pada zaman Uthmaniyah Turki genosid ke atas umat Islam tidak berlaku.

Hal ini katanya, bangsa-bangsa lain tidak berani menindas orang Islam kerana takut diserang oleh askar Turki.

“Pada zaman ini tidak ada negara Islam yang menjadi kuasa besar yang boleh menakutkan musuh Islam,” kata beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat