Yoga adalah sebahagian ritual agama Hindu, umat Islam boleh terjerumus dengan syirik

- Advertisement -

Orang Islam dilarang Yoga, bertentang fatwa -Presiden Yoga

KUALA LUMPUR – Presiden Sukan Yoga Prof Dr Linggham Pillai menasihatkan orang Islam supaya tidak terlibat dengan Yoga kerana ia adalah ‘ritual’ daripada agama Hindu.

Tegahan beliau itu disampaikan kepada pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung.

“Saya tahu Yoga berasal daripada agama Hindu. Saya sendiri tidak akan mempromosikannya kepada Muslim. Mana-mana guru atau pusat yoga tidak boleh mempromosikannya kepada Muslim.

“Orang Islam tidak sepatutnya menyertai Yoga kerana saya Hindu saya tahu Yoga adalah dari agama Hindu dan orang Islam sendiri harus menghormati fatwa JAKIM yang melarang orang Islam menyertainya.

“Kami mengadakan pertemuan dengan Kementerian Belia dan Sukan dan Pesuruhjaya Sukan. Orang ramai menyalahgunakan logo mereka untuk mempromosikan Yoga kepada orang ramai dan Muslim dan saya membuat banyak laporan polis.

“Saudara, tolong beritahu orang Islam jangan ikut Yoga kerana ia bertentangan dengan fatwa. Beberapa guru Yoga mempromosikan Yoga kepada orang Islam dengan mengatakan yoga membantu mereka menjadi seorang Muslim yang lebih baik!

“Yoga berasal dari agama Hindu bagaimana untuk menjadikan mereka menjadi Muslim yang lebih baik? Saya menjalankan kajian dan kajian tentang pergerakan solat Islam, cuma suruh orang Islam solat dengan betul kerana dalam gerakan solat Islam itu banyak manfaat kesihatan dalam semua pergerakan! Tolong beritahu orang Islam, jangan ikut yoga,” kata Dr Linggham Pillai kepada Firdaus Wong.

Firdaus Wong berkongsi pesanan Dr Linggham Pillai itu dalam hantaran di Facebook pada Jumaat.

“Dia mendesak untuk berjumpa saya dengan kadar sesegera mungkin. Katanya perkara ini sangat penting. Saya tertanya, ‘kenapa cari saya?’
Maka semalam Presiden Sukan Yoga Malaysia, Prof. Dr. Linggham Pillai telah datang ke pejabat saya di Setapak.

“Brother, kamu mesti tolong saya berkenanan hal ini. Ini perkara serius,” Dr. Linggham memulakan bicara.

“Hampir dua jam beliau berkongsi kebimbangannya dengan kami selain menunjukkan bukti demi bukti yang dibawa bersama.

“Apatahlagi dia sebagai Hindu mengakui melalui kajiannya, pergerakan dalam solat itu banyak manfaatnya untuk kesihatan tubuh badan tanpa perlu terlibat dengan yoga. Dia sebagai Hindu pula yang pesan kepada Muslim agar solat betul-betul!

“Adakalanya bukan fatwa yang diperlukan tetapi ketaqwaan yang diperlukan,” ujarnya.

Muzakarah JawatankuasA Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-83, maka inilah diputuskan Fatwa untuk diguna pakai di negeri Kedah bahawa senaman yoga yang berasal dari masyarakat Hindu sejak sebelum Masihi lagi yang menggabungkan amalan fizikal, unsur-unsur falsafah keagamman Hindu dan Buddha, mentera dan pemujaan bagi tujuan tertentu seperti mendapatakan ketenangan dan kemuncak penyatuan diri dengan tuhan atau tujuan-tujuan lain adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan akidah seseorang muslim. Ia adalah senaman disiplin rohaniah yang diamalkan mengikut ajaran agama Hindu dan Buddha.

Ianya perlu disekat dari diamalkan berkembang di negeri Kedah Darul Aman kerana ia adalah Bida’ah Dhalalah dan mengandungi unsur-unsur agama Hindu dan Buddha, unsur-unsur syirik dan boleh merosakkan kepercayaan (iktikad) untuk tidak mengingati Allah s.w.t adalah dilarang hukumannya.

Terdapat beberapa teknik senaman yoga yang tidak boleh diamalkan diantaranya ialah senaman Asana Yoga.

Senaman ini membimbing seseorang pengamal Yoga mengalami pencapaian Samadhi (bersatu) tertinggi dan boleh bersatu dengan Mutlaq (Allah).

Senaman Yoga yang mengandungi unsur-unsur falsafah keagamaan bukan Islam adalah dilarangdan diharamkan kerana ia nya bertentangan dengan syariat agama Islam.

Manakala senaman Yoga yang hanya bersifat tubuh badan semata-mata tanpa unsur keagamaan bukan Islam walaupun tidak menjadi kesalahan di sisi syariat Islam, perlu dijatuhi bagi mengelakkan umat Islam terjebak ke dalam syubhah serta penyerupaan terhadap ibadat agama lain.

Oleh itu, masyarakat Islam diingatkan perlu serta wajib berhati-hati dalam memelihara akidah mereka agartidak tergugat dan perlu berwaspada dari mengamalkan senaman Yoga yang boleh menghakis akidah seseorang Muslim.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat