30 ahli Parlimen BN tak sokong Muhyiddin PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tiada mana-mana ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang telah memberikan sokongan terhadap pencalonan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Kadir juga menyatakan, pemakluman mengenai perkara ini telah dibuat kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Dewan Tertinggi Barisan Nasional yang bermesyuarat hari ini telah memutuskan tiada mana-mana ahli Parlimen BN yang telah memberikan sokongan terhadap pencalonan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri Ke-10, dan pemakluman mengenai perkara ini telah dibuat kepada Agong,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Sehubungan itu, kata Zambry lagi, BN meminta semua pihak yang berkaitan agar bertenang (cooling-off period) ketika mendepani situasi politik negara.

“Dengan pendirian dan keputusan yang dicapai, kedudukan BN adalah kekal seperti sekarang,” katanya.

Semalam, Perikatan Nasional (PN) sudah mengemukakan surat akuan berkanun (SD) daripada Ahli Parlimen yang memberi kepercayaan kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata surat akuan yang dihantar adalah melebihi 112 jumlah Ahli Parlimen.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,478FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat