Anwar, Muhyiddin tiba di Istana Negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara petang ini.

Kedua-dua mereka memasuki perkarangan istana melalui pintu 2 kira-kira antara jam 4.07 dan 4.11 petang.

Anwar dilihat hadir bersama Setiausaha Agung PH, Datuk Saifuddin Nasution.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong menitahkan Pengerusi PH dan PN itu untuk menghadap baginda pada jam 4.30 petang hari ini.

Ia selepas Seri Paduka Baginda mendapati tiada ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

“Memandangkan tiada ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti mudah, maka Seri Paduka Baginda menitah perkenan untuk ketua-ketua gabungan PH dan PN menghadap pada jam 4.30 petang ini di Istana Negara,” ujar kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara.

Sehubungan itu, baginda menasihati seluruh rakyat agar bersabar dan bertenang sehingga proses pembentukan kerajaan baharu dan pencalonan bakal Perdana Menteri ke-10 selesai.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat