Janna Nick merawat hati lara ‘putus cinta’ sendirian di Eropah

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi Janna Nick, 27, yang berdiam diri seketika di media sosial, kini memuat naik hantaran baharu, namun, masih lagi menutup ruangan komen.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Janna Muner, juga seakan memberi bayangan kemelut yang berlaku dengan kekasihnya, Dini Schatzmann, bukan sekadar gimik lagu.

“Jika ia memusnahkan kamu, itu bukan cinta”,” tulisnya berserta paparan foto yang dimuat naik.

Janna yang kini berada di Eropah, bagaimanapun sebelum ini tidak memuat naik sebarang perkembangan dirinya di Instagram selama seminggu, selepas dikhabarkan putus cinta.

Rata-rata pengikutnya menganggap percutian yang dikatakan membawa hati lara di luar negara itu lebih kepada fasa ‘healing’ atau merawat luka.

Menerusi hantaran lain di Instagram Story, Janna turut menunjukkan suasana tenang di bilik hotelnya dengan disertai kapsen ringkas sebagai gambaran pendiriannya ketika ini.

Janna yang juga penerbit dan pengarah dipercayai berada di sebuah bandar di Itali itu, seolah-olah menyatakan pemergiannya secara sendirian, dan tidak ditemani sesiapa.

“Hanya saya, sendirian. Perjalanan solo hingga saya mati. Saya tidak memerlukan tangan sesiapa untuk berpaut,” tulisnya pada paparan video berlatarkan lagu Me, Myself & I dendangan Bebe Rexha.

Terdahulu, industri seni digemparkan dengan spekulasi mengenai cinta Janna dan Dini yang berakhir di tengah jalan selepas pelakon wanita itu memuat naik status sudah solo.

Penyanyi lagu Gatal itu juga sudah tidak lagi mengikuti Instagram Dini, manakala pelakon lelaki itu pula lebih selesa mengambil jalan mendiamkan diri.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat