Zee Avi kini isteri Kenji Matano

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi Malaysia yang mencipta nama di Amerika Syarikat (AS), Zee Avi, kini sah bergelar isteri kepada jejaka kelahiran Jepun, Kenji Matano.

Memuat naik gambar berbaju pengantin berona putih bersama cincin berlian di jari, penyanyi kelahiran Sarawak itu berteka-teki bersama peminat menerusi ruangan Instagram Stories sejak pagi hari ini.

Pasangan itu disatukan sebagai suami isteri dalam sebuah majlis ringkas yang berlangsung di lokasi terletak di Ampang, ibu kota, hari ini.

Terdahulu, menerusi Instagram Stories, Zee Avi atau nama sebenarnya Izyan Alirahman, 35, memuat naik video ringkas menyatakan sesuatu akan berlaku pada hari ini.

“Hari ini adalah harinya (Today is the day),” katanya yang turut berkongsi kotak sesi soal jawab bersama pengikutnya, meminta agar meneka apakah yang cuba dimaksudkannya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Kantoi itu sebelum ini mengakui mempunyai sikap pelik selain sukakan sesuatu yang ringkas.

Menerusi temu bual bersama media sebelum ini, Zee Avi berkongsi bakal kekasihnya nanti beruntung kerana dia bukanlah penggemar aksesori berjenama mahal.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat