Jangan Riak, Bongkak Dengan Kemenangan Di Melaka : Shahril

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan menasihatkan pemimpin serta ahli UMNO dan Barisan Nasional agar tidak riak dan bongkak atas kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang berlansung pada Sabtu.

Ujarnya, semua pihak perlu bermuhasabah dalam kemenangan.

Kemenangan semalam jelasnya memberi suatu suntikan semangat kepada BN.

“Syabas kepada kepimpinan dan jentera UMNO dan tak kurang juga senyum kita melihat parti komponen yang berjaya menyumbang kepada kemenangan.” Katanya melalui catatan Facebooknya.

Menurutnya beliau yang juga Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, belum sampai beberapa jam setelah keputusan diumumkan, tidak dinafikan pelbagai rumusan dan teori yang mula diutarakan, khususnya tentang apa erti keputusan PRN ini kepada senario politik dan pengundi keseluruhan.

Di peringkat awal ini, saya cuma ingin mengingatkan diri sendiri dan rakan-rakan pendukung parti supaya kita cermat dalam membuat beberapa perkara, tegasnya.

“Tidak riak atau mendongak dengan kemenangan, terutamanya dalam kenyataan dan tindakan kita di mata rakyat – ini paling penting.

“Membuat analisa mendalam tentang semua aspek yang berlaku di Melaka di pihak kita, pihak lawan dan pihak pengundi.

“Postmortem” bukan hanya penting sewaktu keputusan tidak berpihak kepada kita. Tetapi ia sama penting sewaktu menang, supaya kita tak tersilap membuat kesimpulan meluas.” Jelasnya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan agar semua ahli parti mengambil iktibar Pilihan Raya Kecil di Kuala Kangsar dan Sg Besar pada tahun 2016 yang mana BN memenangi PRK tersebut dengan bergaya namun kalah pada PRU14 lepas.

Jika ada yang dah umum akan kaji punca kalah, tidak rugi kita kaji punca menang, ujar beliau.

”Faktor-faktor penyumbang yang dikenalpasti, kita kaji sama ada ia terpakai di tempat dan masa lain. Sejarah PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar dan PRU14 dijadikan iktibar agar tak berulang.

”Pendekatan dan naratif yang menjadi, kita teruskan. Yang perlu diperbaiki, kita kemaskan. Tak rugi kita kekal dalam mode “mengejar” berbanding mode selesa.” Katanya lagi.

Selain itu katanya, kepimpinan BN di Melaka perlu Fokus kepada janji manifesto BN yang telah dibentang kepada rakyat Melaka terutamanya yang telah dihebahkan untuk pelaksanaan 100 hari.

”Tiada ramuan lebih padu untuk kejayaan berterusan daripada kredibiliti sesebuah parti dimata rakyat.

”Mudah-mudahan segala perancangan kita selepas ini membawa kemenangan bukan hanya kepada parti tetapi kemakmuran kepada negara dan rakyatnya.” Ujarnya.

Terdahulu, Barisan Nasional menang 21 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan pada PRN Melaka.

kemenangan ini memberikan BN memperolehi majoriti 2/3 di Dewan Undangan Negeri.

Kemenangan bergaya BN itu disahkan Suruhanjaya Pilihan Raya pada Sabtu.

MCA menang dua kerusi manakala MIC menang satu kerusi. -SuaraTV

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat