PPR Bera Manifestasi Kerjasama Erat Kerajaan Negeri dan Pusat – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan satu lagi inisiatif Keluarga Malaysia iaitu Program Perumahan Rakyat (PPR) di Bera bagi memenuhi keperluan kediaman, untuk mereka yang berkelayakan dan berpendapatan rendah yang belum memiliki rumah.

“Projek PPR Bera merupakan satu manifestasi kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang terjalin sejak sekian lama.

“Bagi merealisasikan rumah mampu milik untuk Keluarga Malaysia, Majlis Perumahan Mampu Milik Negara (MPMMN) akan membantu daripada segi pemberian subsidi, manakala Kerajaan Negeri Pahang pula akan menyediakan tanah,” katanya, ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah projek tersebut di Bera, hari ini.

Perdana Menteri berkata projek PPR Bera yang melibatkan 1,000 rumah teres tiga bilik hanya berharga RM45,000 berbanding kos sebenar RM160,000 dan ini bermakna kerajaan menanggung subsidi rumah berkenaan sebanyak hampir RM120,000.

“Walaupun projek PPR ini adalah khusus untuk golongan berpendapatan rendah, Kerajaan sentiasa menitikberatkan keselesaan Keluarga Malaysia dengan memberikan penekanan kepada aspek saiz, reka bentuk, kualiti, lokasi dan harga rumah sentiasa diberi penekanan.

“Projek PPR Bera ini berkonsepkan kawasan kejiranan perumahan moden yang selesa dan selamat dengan setiap unit rumah berkeluasan 750 kaki persegi, dilengkapi tiga buah bilik tidur, dua buah bilik air, ruang tamu, ruang makan, dapur dan langkan (yard).

“Kerajaan juga tidak pernah melupakan kemaslahatan Orang Kurang Upaya (OKU). Sehubungan itu, Projek PPR Bera ini juga turut menyediakan 10 unit rumah untuk memenuhi keperluan golongan ini,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat