Piala AFC: KL City Tewas 0-3 Kepada Al-Seeb

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Impian Kuala Lumpur City (KL City) melakar kejutan pada aksi final Piala AFC tidak menjadi kenyataan setelah tewas 0-3 kepada kelab dari Oman, Al-Seeb, sebentar tadi.

Dua gol pada 45 minit pertama dan satu gol di babak kedua sudah cukup buat skuad bimbingan Rasheed Jabar untuk bergelar juara pada edisi ke-19.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, anak-anak didik Bojan Hodak mempamerkan semangat menyerang pada awal permainan untuk memberi tekanan kepada pelawat.

KL City FC turut memiliki peluang menjaringkan gol awal menerusi Paulo Jouse pada awal permainan namun tindakannya yang lewat membuat hantaran kepada rakan sepasukan menutup ruang buat tuan rumah berada didepan.

Zhafri Yahya seharusnya mampu memastikan penjaga gawang Al-Seeb, Ahmed Faraj mengutip bola dalam gawang sendiri pada minit ke-18 namun percubaan pemain itu gagal menewaskan Ahmed Faraj.

Selang empat minit kemudian, Al -Seeb akhirnya memperolehi gol menerusi sepakan penjuru diambil Ali Sulaiman Al Busaidi yang terus menerjah jaring gol untuk menewaskan Kevin Mendoza.

Pelawat pelawat terus melebarkan jurang gol pada minit ke-36 menerusi tandukan Abdul Aziz untuk gol kedua.

Memasuki babak kedua, The Hawks yang meraih kejuaraan Piala Malaysia 2021 bertindak agresif memburu gol merapatkan jurang sebaik perlawanan bersambung.

Beberapa gerakan yang direncanakan Ketua pasukan, Paulo Josue dan Romel Morales mudah dipatahkan barisan pertahanan Al-Seeb yang dilihat kental.

Al-Seeb terus selesa di depan dengan kelebihan tiga gol selepas Muhsen Saleh Al Ghassani meledak gol pada minit ke-69 untuk menewaskan Mendoza buat kali ketiga.
Ketinggalan tiga gol tanpa balas tidak melemahkan barisan pemain KL City yang terus melancarkan serangan untuk memburu gol pertama.

Melakukan beberapa pertukaran termasuklah Safee Sali bagi menambahkan sengat pasukan keputusan 3-0 bagaimanapun kekal sehingga tamat masa perlawanan.

Beberapa percubaan yang mengenai palang dan rembatan yang dinafikan pertahanan pelawat nyata menghampakan kira-kira 27,000 penyokong tuan rumah.

Walaupun KL City FC gagal meraih kejuaraan bagi mengulangi pencapaian Johor Darul Ta’zim pada 2015 namun kemaraan pasukan seharusnya dibanggakan. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat