PM Ucap Tahniah Pahang Berjaya Tarik Pelaburan RM20.56 Bilion

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kejayaan Pahang mengutip hasil mencecah RM1 bilion dan menarik pelaburan berjumlah RM20.56 bilion membuktikan kemampuan Kerajaan Negeri dalam memelihara kemakmuran dan kesejahteraan rakyatnya termasuklah kebajikan warga Keluarga Malaysia Bera.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia juga merupakan bukti jelas usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) di Pahang dalam memastikan pembangunan ekonomi berterusan pada masa depan.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pentadbiran Kerajaan Negeri kerana buat pertama kali berjaya mengutip hasil mencecah RM1 bilion dan menarik pelaburan berjumlah RM20.56 bilion seperti diumumkan oleh Kerajaan Negeri dalam Belanjawan Pahang Tahun 2023,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap merasmikan majlis Pecah Tanah Program Perumahan Rakyat (PPR) Bera, hari ini.

Turut hadir di majlis sama ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Timbalannya Datuk Seri Ismail Abd Mutalib.

Justeru itu, Perdana Menteri mahu rakyat Pahang terus memastikan kerajaan BN kekal diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini bagi memastikan semua pembangunan dapat dirancang dan diteruskan.

“Saya kata begini kerana pada PRU15 nanti, Pahang juga akan memilih kerajaan negeri, jika begini hebatnya kerajaan Pahang, saya percaya kerajaan negeri sekarang akan terus memerintah Pahang,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat