PN Yakin Menang Banyak Kerusi Di Seluruh Negara Termasuk Di Perak – Hamzah

- Advertisement -

LARUT – Perikatan Nasional (PN) yakin memenangi lebih banyak kerusi di seluruh negara termasuk di negeri Perak terutamanya di kawasan utara pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ini melihatkan kepada gelombang rakyat yang mahukan pemimpin yang lebih bersih, berintegriti dan mampu menjaga kebajikan rakyat serta memulihkan ekonomi negara ini.

Menurutnya, dengan itu sudah tentu PN menjadi pilihan utama rakyat.

“Melihatkan gelombang pengundi pada hari, kita amat yakin dapat memenangi lebih banyak kerusi di negeri ini khususnya kerusi-kerusi Parlimen dan DUN di sebelah utara.

“Di Larut, kita yakin untuk menang 4-0 pada PRU15 nanti,” katanya kepada kepada pemberita selepas Perhimpunan PN di Selama di sini hari ini.

Turut hadir Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria; Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Mohd. Akmal Kamarudin; Setiausaha Bersatu Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin dan Ketua Penerangan PN Perak, Khalil Yahya.

Lebih 8,000 orang menghadiri perhimpunan itu.

Utara Perak merangkumi Parlimen Bukit Gantang, Larut, Taiping, Bagan Serai dan Parit Buntar.

Ditanya mengenai pengumuman Presiden Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di Tambun, Hamzah berkata, Presiden PKR itu tidak mampu menggegarkan PN di negeri ini.

“Siapa kata Anwar akan menggegarkan PN di Perak? Anwar dah lama mengaku dia nak gegarkan negara, tetapi sehingga sekarang tak gegar-gegar juga,” katanya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,479FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat