PASLeak: Hamzah Nafi PN Bincang Jatuhkan UMNO, BN

- Advertisement -

SEPANG – Perikatan Nasional (PN) menafikan ada perbincangan menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN), seperti didakwa dalam minit mesyuarat yang tersebar.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata beliau juga sependapat dengan Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, yang menyifatkan dokumen itu sebagai sampah.

“Sebenarnya kalau orang tanya betul ke PN ada mesyuarat nak menjatuhkan sesiapa, saya kata tak ada. Betullah Dr Samsuri kata itu dokumen sampah, kerana tidak ada perbincangan.

“Saya Setiausaha Agung PN. Saya tak tahu pun ada perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penetapan Nilai Murni di sini, hari ini.

Beliau berkata, menjadi amalan biasa untuk pemimpin komponen dalam PN berbincang terutama selepas sesuatu pilihan raya, namun menafikan beliau ada melakukan perkara seperti yang didakwa dalam dokumen yang tular itu.

Satu dokumen yang didakwa minit mesyuarat sebuah parti politik yang mendapat jolokan “PASleak” didakwa mendedahkan taktikal politik PN merancang memusnahkan UMNO dan BN, sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Terdahulu, Ahmad Samsuri dilaporkan berkata, dokumen minit mesyuarat yang didakwa mengandungi maklumat sulit berkenaan sebagai sampah’ selain mengakui berasa hairan kerana ada pihak yang mempercayai kesahihan dokumen berkenaan. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat