Wan Rosdy Menyempurnakan Majlis Pecah Tanah PPK Di Jelai

- Advertisement -

KUALA LIPIS: Majlis pecah tanah bagi pembinaan Bangunan Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Jelai di Perkarangan Masjid Sg. Ular, Lipis telah disempurnakan Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail.

Menurut Wan Rosdy, kos pembinaan PPK berjumlah RM3.5 juta.

“Hari ini saya balik ke kawasan bagi menghadiri Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Bangunan Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Jelai di Perkarangan Masjid Sg. Ular, Lipis.

”Syabas dan tahniah kepada pihak Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) kerana telah berjaya mendapatkan peruntukan berjumlah RM3.5 juta bagi tujuan pembinaan bangunan Pejabat PPK Jelai.” katanya menerusi Facebooknya, pada Ahad.

Pada Februari lalu, Kerajaan Negeri Pahang telah meluluskan seluas 14 hektar tanah bagi kegunaan PPK Jelai dengan memperuntukkan sebanyak RM17.09 juta.

Kata Wan Rosdy lagi, hasrat utama Kerajaan Negeri, adalah untuk membantu meningkatkan pengeluaran hasil pertanian dan penternakan di kawasan ini.

“Saya berharap dengan adanya Pejabat PPK Jelai ini, ia akan menjadi satu platform dan medium kepada golongan petani dan penternak dalam meningkatkan taraf hidup serta menyediakan jalan keluar dari kepompong kemiskinan. Insya-Allah.”ujarnya. -SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat