50,667 bantuan peranti siswa IPT bagi Zon Utara diluluskan

- Advertisement -

PULAU PINANG – Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad mengumumkan kelulusan 50,667 permohonan bantuan peranti di bawah Program Peranti Siswa Keluarga Malaysia pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di Zon Utara pada Rabu lalu.

Menurut Noraini, sehingga 18 Oktober lalu sebanyak 87,222 permohonan terima daripada penuntut universiti awam dan swasta; politeknik dan kolej komuniti di Pulau Pinang, Perak, Kedah serta Perlis yang diterima.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 9,001 permohonan penuntut IPT di Pulau Pinang diluluskan manakala selebihnya iaitu 17,967 dari Perak,  Kedah (14,913) dan Perlis sebanyak 8,786 permohonan,” katanya pada majlis penyerahan Peranti Siswa Keluarga Malaysia di Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang.

Pada majlis itu, Noraini menyerahkan Peranti Siswa Keluarga Malaysia kepada 50 penuntut Universiti Sains Malaysia (USM); Universiti Malaysia Perlis (Unimap) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Turut menerima peranti itu ialah penuntut daripada UiTM Cawangan Arau; UiTM Cawangan Merbok; UiTM Cawangan Permatang Pauh; Politeknik Balik Pulau; Politeknik Seberang Perai dan Kolej Cosmopoint Cawangan Pulau Pinang.

Dalam majlis yang sama Noraini turut melancarkan Program Kembara Keluarga Simpan SSPN Tahun 2022 Peringkat Pulau Pinang dan Penyampaian Sumbangan Akaun Simpan SSPN Prime.

Program ini bertujuan membantu pelajar asnaf dari aspek pendidikan serta galakan awal bagi memulakan penabungan untuk pendidikan tinggi anak-anak dan membentuk kesedaran penabungan sebagai jaminan masa depan.

Menurut Menteri Pengajian Tinggi itu, program ini melibatkan sumbangan zakat PTPTN kepada 17,800 orang pelajar asnaf di 178 kawasan terpilih di 12 buah negeri.

“Sumbangan diberikan dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM1.78 juta,” katanya.

Tambah Noraini, Program Kembara Keluarga Simpan SSPN Tahun 2022 Peringkat Negeri Pulau Pinang melibatkan 13 kawasan dengan jumlah sumbangan sebanyak RM130,000 dengan penglibatan seramai 1,300 pelajar.

“Setiap kawasan diperuntukkan RM10,000 dan seramai 100 pelajar asnaf di setiap kawasan akan menerima sumbangan akaun Simpan SSPN Prime bernilai RM100 setiap seorang,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat