UKM Johan Debat DiRaja IPT 2022 Kategori Muda Bahasa Melayu

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) muncul Johan Debat Diraja IPT 2022 Kategori Muda Bahasa Melayu menewaskan Universiti Malaya dalam pertandingan  yang diadakan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini.

Manakala Mohd Najwan bin Mohd Mayan dari Universiti Malaya dipilih sebagai pembahas terbaik kategori yang sama.

UKM dan UM sebelumnya menewaskan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) di peringkat separuh akhir dalam pertandingan yang membabitkan 53 pasukan daripada 24 institut pengajian tinggi (IPT) seluruh negara.

Sebanyak 213 peserta telah menyertai pertandingan debat ala Parlimen bagi tiga kategori iaitu Kategori Utama Bahasa Melayu, Kategori Utama Bahasa Inggeris dan Kategori Muda Bahasa Melayu.

Esok akan berlangsung pertandingan akhir dua kategori utama iaitu Debat Diraja IPT 2022 kategori bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Pertandingan Debat Diraja Antara IPT adalah pertandingan debat antara universiti awam pertama yang diiktiraf Kementerian Pendidikan (KPM) dan mula diperkenalkan pada 1995 menggunakan format debat ala Parlimen.-SuaraTV

<iframe src=”https://www.facebook.com/plugins/video.php?height=314&href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2F100064691800657%2Fvideos%2F1863038744087807%2F&show_text=false&width=560&t=0″ width=”560″ height=”314″ style=”border:none;overflow:hidden” scrolling=”no” frameborder=”0″ allowfullscreen=”true” allow=”autoplay; clipboard-write; encrypted-media; picture-in-picture; web-share” allowFullScreen=”true”></iframe>

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat