“Minta maaf tak ikhlas, Warisan Plus patut gugur pencalonan Mohammadin” – Najib

- Advertisement -

KOTA KINABALU- Warisan Plus didesak menggugurkan pencalonan Datuk Mohammadin Ketapi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama.

Gesaan itu disarankan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Permohonan maaf dia (Mohammadin) juga terang-terang menipu. Langsung tak ikhlas.

“Jika Warisan Plus ikhlas, gugurkan dia sebagai calon PRN ini,”desak Najib.

Bahkan, Ahli Parlimen Pekan itu turut memberitahu Ketua Menteri Sabah bahawa beliau yang juga Presiden Warisan tidak perlu lagi meminta penjelasan Mohammadin kerana ia terkandung dalam klip video ucapan yang tular semalam.

“Tak perlu minta penjelasan (Mohammadin). Tonton klip video ucapan dia sahaja. Ada di Facebook saya,” katanya.

Semalam, Shafie akan meminta penjelasan daripada Mohamaddin, berhubung kenyataannya berkait pencerobohan Lahad Datu.

Beliau juga mengingatkan pemberita bahawa Mohamaddin, yang bertanding di DUN Segama, sudah memohon maaf.”

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat