Ahli PKR Akui Digantung Keahlian, Nafi Dakwaan Pukul Rafizi Ramli

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ahli PKR, Daing Muhammad Reduan Bachok mengesahkan keanggotaannya dalam parti digantung berkuat kuasa semalam.

Ahli PKR itu bagaimanapun menafikan dakwaan keahliannya digantung kerana memukul Naib Presiden parti itu, Rafizi Ramli, pada 2018 lalu, lapor Malaysiakini.

Daing Reduan sebaliknya berkata, dia didakwa di bawah Seksyen 509 atas kesalahan mendatangkan keaiban dengan mengeluarkan kata-kata kesat.

“Saya telah menerima surat pengesyoran penggantungan keanggotaan saya daripada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan penggantungan sementara di bawah fasal 41.6 dari Lembaga Disiplin PKR seperti yang ditularkan.

“Saya sudah pun berutus surat kepada Lembaga Disiplin menerangkan situasi dan fakta kes sebenar.

“Saya dengan tegas menafikan tuduhan fitnah yang dilemparkan kepada saya mengatakan bahawa saya telah di dakwa di mahkamah atas pertuduhan menyerang dan mencederakan Rafizi Ramli.

“Sebaliknya saya dituduh di bawah Seksyen 509 atas kesalahan mendatangkan keaiban dengan mengeluarkan kata-kata kesat,” katanya.

Semalam portal tersebut melaporkan, PKR menggantung keahlian Daing Reduan sementara menunggu Mahkamah Kota Kinabalu, Sabah membuat keputusan berhubung tuduhan menggunakan kekerasan.

Rafizi pada November 2018 mendakwa telah dipukul di bahagian kepala oleh seorang lelaki ketika membuat tinjauan proses pengundian pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR di Cabang Keningau, Sabah.

Selepas insiden tersebut, pemilihan semula PKR Cabang Keningau diadakan pada 10 November 2018 menyaksika n Rafizi diumumkan sebagai pemenang dengan kelebihan 3 undi mengatasi Datuk Seri Mohamad Azmin Ali.

Azmin bagaimanapun berjaya mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan tahun itu apabila memperolehi 70,550 undian ahli PKR dari semua cabang di seluruh negara berbanding 66,594 undi yang diperolehi Rafizi.

Kira-kira setahun selepas itu, Rafizi mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan dunia politik dengan alasan mahu berehat.

“Saya nyatakan dengan jelas bahawa saya tidak akan kembali ke dalam bidang politik,” katanya pada 10 Disember 2019. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat