Mana NGO Patriot? Kenapa Diam Isu Hina Tentera, Polis? – Muralitharan Ramachandran

- Advertisement -

CYBERJAYA – Sikap berdiam diri badan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) berhubung isu menghina anggota keselamatan terdiri dari ATM dan PDRM, mencetuskan tanda tanya umum.

Persoalan itu dibangkitkan Ketua Penerangan Parti Cinta Malaysia (PCM), Muralitharan Ramachandran susulan sejak semalam Patriot belum bersuara setelah bekas menteri, Datuk Mohammadin Ketapi dikecam kerana didakwa mengeluarkan kenyataan menghina tersebut.

“Mana Patriot? Kenapa diam bila agensi keselamatan kita dihina oleh pemimpin Warisan? Adakah sah Patriot ini barua DAP dan PH?

“Apa cerita pula kali ini? Lagi teruk apabila seseorang yang bergelar bekas menteri, wakil rakyat bertindak sedemikian dengan memperlekehkan wira negara dengan menuduh mereka bersandiwara malah berperang dengan ayam dan anjing,” soal Muralitharan, dipetik dari laporan Malaysia Gazette.

Pemimpin PCS itu turut mempersoalkan samada Patriot mengambil sikap membisu kerana isu tersebut melibatkan pemimpin parti yang disokong oleh NGO tersebut.

“Mengapa Patriot diam? Adakah kerana pemimpin itu dalam kalangan parti disokong oleh Patriot? Sepatutnya anda menyokong warga keselamatan kita yang bergadai nyawa bukannya bersama-sama dengan manusia yang lupa diri seperti ini.

“Tindakan mendiamkan diri Patriot sejak kelmarin (semalam) sememangnya sangat mengecewakan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut membangkitkan persoalan hampir sama bertanyakan di mana suara Patriot sewaktu isu penghinaan itu hangat diperkatakan.

“Hello? Hilang suara ke? Kata patriot. Ko setia pada Raja dan negara atau setia pada siapa?,” tanya Najib, menerusi status di facebook beliau semalam, dikepilkan bersama gambar Presiden Patriot Datuk Mohamed Arshad Raji yang sedang bercakap dengan Pengerusi DAP, Lim Kit Siang.

Semalam tular video bekas menteri kerajaan PH itu mendakwa pencerobohan Lahad Datu oleh pengganas Sulu pada tahun 2013 hanya satu sandiwara dan anggota keselamatan hanya berperang dengan ayam dan anjing.

“Sandiwara bohong membunuh orang. Kamu ingat dahulu PRU yang lalu, dia bilang Filipina mau ambil Sabah, jadi ada peperangan, datanglah jet dibomnya kelapa sawit orang, habis semua kelapa sawit orang.

“Habis rumah orang, koyak ditembak, ini kenyataan. Disuruh kereta kebal masuk kampung suruh berperang sama ayam, ayam sama anjing lawan dia berperang, apabila habis pilihanraya tiada pula peperangan itu.

“Tetapi saya ingat, saya wakil rakyat Lahad Datu,” kata Mohamaddin, dalam video yang tular itu.

Untuk rekod, pencerobohan di Lahad Datu telah menyebabkan 10 orang anggota keselamatan terkorban termasuk dalam beberapa serangan hendap oleh pengganas Sulu yang menuntut hak ke atas Sabah.

Bagaimanapun Mohamaddin menafikan mengeluarkan kenyataan menghina anggota keselamatan yang terkorban dalam kejadian itu dan meminta maaf selepas dikecam pelbagai pihak. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat