Didakwa Pukul Rafizi Ramli, Ahli PKR Digantung Keahlian

- Advertisement -

CYBERJAYA – PKR hari ini mengumumkan keputusan menggantung keahlian Daing Muhammad Reduan Bachok yang didakwa memukul Naib Presiden parti itu, Rafizi Ramli semasa pemilihan parti pada 2018.

Memetik laporan Malaysiakini, PKR berkata tindakan tersebut diambil sementara menunggu Mahkamah Kota Kinabalu, Sabah membuat keputusan berhubung tuduhan menggunakan kekerasan itu

Surat makluman penggantungan keahlian PKR itu dikeluarkan Pengerusi Lembaga Disiplin parti itu, Ahmad Kasim berkuat kuasa hari ini, 21 September 2020.

“Fasal 41.6: Majlis Pimpinan Pusat berhak menggantung keanggotaan mana-mana anggota atau melarang anggota tersebut dari memegang jawatannya secara sementara sehingga keputusan dicadangkan oleh Lembaga Disiplin.3.

“Lembaga Disiplin akan mengemukakan cadangan kepada MPP apabila Mahkamah telah membuat keputusan nanti,” katanya.

Rafizi pada November 2018 mendakwa dipukul di bahagian kepala oleh seorang lelaki ketika membuat tinjauan proses pengundian pemilihan di Cabang Keningau, Sabah.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail turut mengesahkan penggantungan ahli PKR itu.

“Ya (Daing digantung keahlian),” katanya.

Selepas insiden tersebut, pemilihan semula PKR Cabang Keningau diadakan pada 10 November 2018, Rafizi diumumkan sebagai pemenang dengan kelebihan 3 undi mengatasi Datuk Seri Mohamad Azmin Ali.

Azmin bagaimanapun  berjaya mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan tahun itu apabila memperolehi 70,550 undian ahli PKR dari semua cabang di seluruh negara berbanding 66,594 undi yang diperolehi Rafizi.

Kira-kira setahun selepas itu, Rafizi mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan dunia politik dengan alasan mahu berehat.

“Saya nyatakan dengan jelas bahawa saya tidak akan kembali ke dalam bidang politik,” katanya pada 10 Disember 2019. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat