Kecewa DAP Cadang Shafie Jadi PM, Pemuda PKR Sabah Saran Bubar PH

- Advertisement -

PETALING JAYA – Pemuda PKR Sabah menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk memberi laluan kepada Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri jika Anwar Ibrahim tidak mampu mendapat sokongan bagi menjatuhkan Perikatan Nasional (PN) sebagai tindakan terdesak.

Ketua penerangan Pemuda PKR Sabah, Razeef Rakimi turut menyifatkan kenyataan Guan Eng seolah-olah “kemaruk” untuk berkuasa semula sehingga sanggup membelakangkan setiakawan Pakatan Harapan (PH).

“Jika beliau (Lim Guan Eng) sudah tiada semangat setiakawan, bubarkan sahaja Pakatan Harapan. Ini kerana tindakan mereka sebelum ini pun seolah-olah membelakangi Pakatan Harapan.

“Lim Guan Eng sepatutnya fokus pada pilihan raya negeri Sabah, berbanding menyentuh soal perdana menteri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Majlis Presiden PH sebelum ini secara jelas bersetuju bahawa Anwar adalah calon perdana menteri dan jika tidak mendapat majoriti, maka fokus berikutnya adalah mengukuhkan pakatan bagi mengambil semula mandat pada pilihan raya umum ke-15 akan datang.

“Jika sebelum ini kita bersetuju Shafie Apdal sebagai calon ketua menteri Sabah, mengapa Guan Eng perlu mengeruhkan keadaan dengan mencadangkan Shafie sebagai calon perdana menteri?

Terdahulu Guan Eng mengulangi sokongannya kepada Anwar dan Shafie sebagai calon perdana menteri jika PH kembali berkuasa.

Dalam wawancara bersama FMT beliau berkata, presiden PKR dan Warisan tersebut tetap menjadi pilihannya untuk jawatan tertinggi kerajaan itu.

“Kami menyokong Anwar untuk mendapat jumlah (sokongan) itu, tetapi jika beliau tidak mampu, kami perlu memberi Shafie peluang dan penghormatan sewajarnya sebagai PM pertama dari Malaysia Timur,” katanya. – FMT

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat