KUALA LUMPUR — Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Salleh dengan tegas menolak tuduhan yang mengatakan beliau merupakan ejen kepada parti Perikatan Nasional (PN).
Beliau menggesa pihak tertentu menghentikan tomahan dan tuduhan yang tidak berasas yang turut melibatkan nama Pemuda UMNO.
“Ada yang kata saya Dr Akmal, ejen Perikatan Nasional, membawa suara Perikatan Nasional. Kepala otak dia! Kita ini ahli parti lah.
“Siapa terasa, terasa lah.
“Ada juga yang kata saya ini bukan team work material, nak jadi team work material macama kalau dia cabar pendirian kita?
“Pemuda UMNO bukan ejen Perikatan Nasional, Pemuda UMNO ahli yang terlalu sayangkan parti,” katanya dalam Ucapan Dasar Ketua Pemuda UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2024 (PAU 2024), hari ini.
Dalam ucapan yang sama, beliau meminta Presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mengembalikan semula kuasa dominan terhadap UMNO dalam PRU-16 nanti.
“Perasaan kita sama dengan akar umbi. UMNO perlu kembali menjadi parti dominan
“Pemuda UMNO bagi seluruh kepercayaan kepada Presiden, UMNO ini bukan parti pelengkap. Kita berusaha bersungguh2 utk kita kembali dominan
“Kami pemuda umno meminta angka 26 dipertingkat kepada 2/3 dewan rakyat.
“Ini baru level UMNO,” tegasnya.